Aidila Razak
Kerajaan hari ini bertegas bahawa ia tidak membayar apa-apa komisen kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang bertindak sebagai orang tengah bagi pembelian kapal selam Scorpene.Ditanya sama ada kerajaan kini mengesahkan bahawa ia tidak pernah membayar satu sen pun komisyen kepada Perimekar, Abdul Latiff (BN-Mersing) berkata: "Benar, benar, benar dan benar!".
Ia didedahkan di Parlimen tahun lepas bahawa Perimekar telah dibayar 114,96 juta euro (kira-kira RM574.8 juta) untuk "perkhidmatan koordinasi dan sokongan" yang melibatkan urusniaga kapal selam.
Abdul Latiff juga mengulangi bahawa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih daripada bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah Perancis, yang mendengar kes dakwaan sogokan dibayar oleh syarikat pembekal senjata di negara itu, DCNS.
Katanya, hantar sepina, Ahmad Zahid telahpun berkata beliau akan memberi keterangan.
Menjawab soalan Nurul Izzah, beliau berkata, ini tidak bermakna kabinet telah membuat keputusan untuk membenarkan Ahmad Zahid memberi keterangan.
"Hantar sepina dulu," katanya.
Pendakwa awam Perancis sedang menyiasat kes yang melibatkan urusniaga DCNS dengan Malaysia dan beberapa negara lain, berikutan aduan yang difailkan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suaram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan