KUALA
LUMPUR — Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin
menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam, kata Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria.
Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata,
perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut
agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia
telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di
negara ini.
“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap
negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam
melatah,” tegas Harussani (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali
hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas
baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan
penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.
“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.
Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu
dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan
kepada masyarakat Islam.
“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.
“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.
Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di
negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun
menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.
“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.
Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang
sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.
Dalam satu kenyataan, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC)
melalui presidennya Jagir Singh menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
tidak terpakai untuk orang bukan Islam, dan majlis itu tidak mempunyai
bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh
mengeluarkan fatwa melarang masyarakat dari menggunakan perkataan
tertentu.
Beliau juga menyebut Perkara 11(4) Perlembagaan
Persekutuan, yang katanya tidak membenarkan apa-apa sekatan terhadap
orang bukan Islam.
“Fatwa adalah nasihat secara semula jadi dan tidak
terpakai kepada orang bukan Islam. Selain itu, mana-mana fatwa yang
dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara
(perlembagaan persekutuan) menyalahi undang-undang dan tidak sah,
“katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.
Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau
menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan
‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.
Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan
Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama
lebih daripada seribu tahun.
Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang
untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian
tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan
makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal.
PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.
Di Pulau Pinang, Mufti Negeri Hassan Ahmad memarahi Lim
kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang
mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam,
bersama-sama dengan 39 lain.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mempertahankan
rakan partinya mengingatkan masyarakat Muslim selain Kristian, terdapat
juga agama lain menggunakan perkataan “Allah”.
“Di dalam kitab suci Sikh, nama ‘Allah’ disebut sebanyak
37 kali, tidak ada bantahan dari umat Islam berkenaan dengan itu,” kata
Karpal memberi contoh.
Jagir juga mengingatkan hari ini keputusan Mahkamah Tinggi
pada 2009 terhadap penerbitan Katolik Herald menggunakan perkataan itu
di mana ia memutuskan bahawa undang-undang yang menghadkan bukan Islam
daripada menggunakan perkataan itu akan menjadi “tidak
berperlembagaan”.
Semalam, bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr
Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti
untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan
Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.
“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain,
termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk
disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa
mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak
dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan,
dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.
“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan
konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak
sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan
muka depan Sinar Harian semalam.
Kristian di Malaysia berjumlah 9.2 peratus dari penduduk
yang berjumlah 28.3 juta orang, dengan kebanyakan di Malaysia Timur
menggunakan Bahasa Melayu dan menggunakan Allah sebagai rujukan untuk
Tuhan mereka.
Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua belah pihak telah
bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan “Allah”, dengan umat
Islam berpendapat nama tersebut haruslah ekslusif untuk mengatakan Islam
ialah agama monoteistik dan Allah merujuk kepada agama untuk orang
Islam.
Dari segi undang-undang penggunaan nama Allah kekal tidak
dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari
menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka walaupun
mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009.
Ini kerana Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan pada
Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, yang sejak hari
itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran.
Tahun lalu, penghantaran kitab Injil Alkitab untuk
Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas di pelabuhan,
sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut diedarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan