HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Disember 2012

Cuepacs buat usul gesa tangguh AES

SINAR HARIAN
AES
Sistem AES
 
KUALA LUMPUR - Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

 "Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman dua hingga tiga kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya.

Sebelum ini, Cuepacs telah dua kali meminta agar AES ditangguhkan.

Tiada ulasan: