Menurutnya, oleh itu beliau akan memanggil satu mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk membincangkan isu ini dengan segera.
Menurutnya, sebelum ini, kepimpinan tertinggi PR pernah membincangkan perkara ini dengan terperinci, dihadiri dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen, malah pakatan ini juga sudah mengeluarkan kenyataan bersama.
“Bagi saya isu kalimah ALLAH ini sudah diselesaikan, namun segala perbezaan pendapat dalam PR mestilah melalui perbincangan, oleh itu saya akan panggil satu mesyuarat khas dalam masa terdekat.
“Apa yang paling penting adalah isu ini mestilah diselesaikan dengan baik dan menjaga sensitiviti umat dan juga sensitiviti masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini.
Isnin lalu, dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas, Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH dengan mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas, malah rakan DAP, iaitu Pas turut tidak bersetuju dengan desakan ini.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendirian rasmi Pas mengenai isu tersebut adalah terjemahan tepat bagi God dalam kitab Bible adalah Tuhan dan bukannya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan