HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Disember 2012

BN Tapah: Kami hanya 'mendidik' pengundi Orang Asli


MALAYSIA KINI


 
Seorang ADUN BN negeri menafikan dakwaan PKR  bahawa parti pemerintah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan "sesi latihan" untuk membimbing pengundi Orang Asli di Tapah, Perak untuk mengundi BN.

ADUN Ayer Kuning yang juga pengerusi BN Tapah, Samsudin Abu Hassan memberitahu akhbar Sinar Harian bahawa program itu, yang dianjur bahagiannya, adalah untuk mendidik pengundi Orang Asli cara yang betul untuk mengundi.

Beliau menjelaskan ia diadakan selepas mereka mendapati bilangan undi rosak di kalangan pengundi Orang Asli dalam pilihan raya umum lepas adalah tinggi.

pkr accuse tapah orang asli vote for bnSamsudin berkata, pihaknya tidak pernah memaksa sesiapa untuk mengundi BN kerana ia hak pengundi untuk mengundi sesiapa yang mereka mahu.

Sebaliknya, tegas beliau, pihaknya hanya mendidik mereka cara untuk memangkah dan mengundi dengan betul.

Katanya, terpulang kepada PKR jika mereka juga mahu berbuat demikian.

Samsudin juga mengakui 5kg beras telah diberikan kepada setiap pengundi Orang Asli, tetapi menegaskan bahawa ia bukan bertujuan untuk memancing undi.

Tiada ulasan: