KUALA LUMPUR:
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru agar tahun
2013 dijadikan ‘Tahun Rakyat’. Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul
Hamid (gambar) berkata, ini penting kerana bukan
sahaja tahun ini rakyat akan melalui Pilihan raya Umum ke-13, malah ia
juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik
dan pembangunan negara yang lebih baik.
Malangnya,
kata beliau media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat
yang sangat terkongkong, lebih parah lagi media yang mengguna wang
rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat.
Menurutnya, salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arus perdana ialah sikap hidup bergantung.
Jelas,
ujarnya jika rakyat terus berfikir terbelenggu dalam pemikiran bahawa
kerajaan adalah penentu segalanya, maka ciri rakyat yang matang tidak
akan dapat direalisasikan.
Justeru,
kata beliau rakyat harus berani keluar dari faham kewarganegaraan yang
bergantung semuanya kepada kerajaan dan membiarkan kerajaan memaksakan
rakyat patuh hanya kerana kerajaan menabur bantuan untuk mengikat
kesetiaan rakyat.
“Kami
menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013
sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik negara,”
ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau
berkata, rakyat patut menegaskan azam yang kuat untuk membasmi segala
penyelewengan yang telah sarat menjadi amalan dalam urus kelola
pemerintahan.
Rakyat juga, ujar beliau perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan
bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat
diperlukan untuk menerajui pemerintahan negara.
Katanya,
jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin
yang menyalahguna kuasa, kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi
pendakwaan akan meletakkan negara pada posisi yang pincang, tidak
dihormati di kaca mata dunia.
“Jika
tahun 2013 tidak menjadi tahun rakyat melonjakkan kuasanya untuk
memperbetulkan kepincangan dalam negara ini, masa depan negara akan
malap,” katanya.
Mohd Azmi
menambah, Mapim menegaskan sistem demokrasi bukan sempurna, namun
dengan ruang yang ada untuk rakyat menterjemahkan sikap menolak
kerajaan yang mengkhianati rakyat dalam pilihan raya yang mendatang,
maka rakyat tidak harus mengenepikan peluang ini untuk menunaikan
tanggungjawabnya memperbetulkan keadaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan