HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Disember 2012

Pecahkan Empangan; Umno-BN Sabotaj Rakyat

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/hj%20din%20banjir%20k%20berang1.jpgHULU TERENGGANU - Tindakan kerajaan Umno dan Barian Nasional (BN) memecahkan sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut tanpa membuat sebarang notis pemberitahuan kepada orang ramai disifatkan sebagai khianat terhadap rakyat sendiri.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid melahirkan rasa kesal dan mendesak satu siasatan dibuat segera.

"Tindakan sabotaj rakyat sendiri! Satu siasatan mesti dibuat bagi menjelaskan mengapa rakyat tidak dimaklumkan tindakan tersebut terlebih dahulu.....,

"saya rasa cukup kesal dan kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap semua kerugian yg ditanggung rakyat akibat tindakan tersebut,"ujarnya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/hj%20din%20banjir%20k%20berang2.jpgBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di dua buah kampung di sini pada Selasa 25 Disember yang terjejas akibat banjir.

Katanya, tidak ada alasan kerajaan tidak sempat membuat pemberitahuan kepada rakyat, kecuali khianat semata-mata kerana kerajaan mempunyai pelbagai kemudahan seperti radio dan televisyen untuk hebahan.

"ada radio Terengganu FM ditambah lagi radio Manis FM yang dbeli dengan harga RM9 juta dengan duit kerajaan negeri, ada televisyen RTM1 dan 2 ada TV 3, 5, 7 dan lain-lain,

"ada polis dan tentera yang boleh dikerahkan membantu rakyat menyelamatkan harta benda sebelum empangan di pecahkan.... mengapa tidak dibuat?,"soalnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/hj%20din%20banjir%20k%20berang3.jpgMenurutnya, kegagalan kerajaan Umno-BN memaklumkan tindakan tersebut telah menyebabkan rakyat khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengalami kerugian jutaan ringgit.

Sehubungan itu, seramai 38 keluarga yang belum berpindah di Kampung Bukit Tok Bat dan Kampung Paya Besar, telah diberi bantuan berupa barangan keperluan harian.

Menurut Haji Muhyiddin, mereka masih tidak mahu berpindah kerana bimbang keselamatan barangan dan peralatan yang terdapat dalam rumah mereka.

Turut sama dalam 'konvoi' bantuan banjir itu adalah anggota Unit Amal Dun Kual Berang dan Jawatankuasa Pemuda Dun serta cawangan terlibat.

Tiada ulasan: