Pertembungan itu berlaku apabila kumpulan
peneroka pro-BN itu siap sedia membina 'kubu' dihadapan Ibu Pejabat
Felda di Jalan Semarak dengan dikawal rapi kira-kira 100 pegawai polis.
KUALA LUMPUR: Demonstrasi aman peneroka penyokong Pakatan Rakyat yang sepatutnya berarak ke Ibu Pejabat Felda terhalang apabila bertembung dengan penyokong Felda pro-Barisan Nasional (BN) di tengah jalan.
Pertembungan itu berlaku apabila kumpulan peneroka pro-BN itu siap sedia membina ‘kubu’ dihadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak dengan dikawal rapi kira-kira 100 pegawai polis.
Sementara hampir 1500 kumpulan Pakatan yang berarak kira-kira 500 meter daripada Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhenti di depan Pejabat Jabatan Ukur Jalan Semarak.di sini.
Dengan hanya dipisah jarak 30 meter, kedua-dua kumpulan Oren yang diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan wakil Majlis Belia Felda Wan Zawawi Wan Zain cuba mempertahankan agenda masing-masing.
Kumpulan pro-BN yang dihadiri kira-kira 300 penyokog membawa sepanduk ‘Jangan ganggu Felda’, ‘We are for u PM’, ‘Kami sokong PM tolak pengacau’ manakala kumpulan Oren dengan sepanduk ‘Isa Samad undur’.
Sementara itu, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turun menyokong adalah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Hatta Ramli serta Naib Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub.
Kumpulan Oren turut menjemput beberapa wakil peneroka naik ke trak pikap dan merotan patung Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai tanda meluahkan rasa kekecewaan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Serah memorandum
Mereka yang diwakili enam pemimpin, antaranya Mazlan, Hatta, serta Salahuddin tampil di hadapan pintu pagar utama menyerahkan memorandum kepada dua pegawai Felda.
Memorandum itu mendesak Isa meletakkan jawatan serta merta, kembalikan semula tanah Felda Plantation kepada rakyat, hentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi, serta hentikan campurtangan politik di Felda
.
Kedua-dua kumpulan terbabit kemudiannya bersurai dengan aman sejam kemudian dengan kawalan polis.
Mazlan ketika ditemui pemberita berkata pihaknya mahu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menyambung kontrak Isa yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini.
“Cukuplah Isa Samad memegang Felda selama tiga tahun,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis KL Datuk Amar Singh ketika ditemui pemberita berkata, pihaknye berpuas hati dengan suasana demonstrasi yang berakhir dengan aman tanpa sebarang provokasi.
“Kedua-dua kumpulan berjalan dengan aman dan sangat mendengar arahan (polis),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan