KANGAR
– Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki
merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di
Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.
Ketua
Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa
lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.
Rakan
pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah
syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja
perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang
sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya
siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu
dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar
itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke
sebuah rumah di Chuping.
Di rumah
itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala
adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah
dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang
sama.
Zull Aznam
berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak
lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354
kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda
atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit
kesalahan.
Sementara
itu, katanya polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand berumur
20-an pada Isnin lalu kerana disyaki mendera anaknya yang berusia 37
hari dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku
Fauziah (HTF) di sini.
Lelaki
yang disyaki penagih dadah itu dikatakan melakukan perbuatan itu di
sebuah rumah di Kampung Tersusun, Padang Besar pada kira-kira 5.30 pagi
pada 24 Disember lalu dengan menggoncang dan melambung mangsa yang
sedang menangis berkali-kali.
Peniaga di
bazar Wang Kelian itu ditahan pukul 4.50 petang hari yang sama selepas
polis menerima aduan daripada ibu mangsa yang berusia awal 20-an pada
1.56 tengah haru, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan