HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Disember 2012

Anwar lancar Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)

Balqis Abdullah

KOTA KINABALU : Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diasaskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi pagi tadi.



Pelancaran itu dibuat selepas tiga bulan penubuhannya pada 5 Oktober 2012 yang  bertujuan bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat di Sabah.

Lebih 2,000 ahli PPPS menghadiri majlis yang berlangsung meriah di Star City Convention Centre dan turut dihadiri beberapa pemimpin utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Lajim Ukin selaku Presiden PPPS percaya sokongan luar biasa rakyat terhadap perjuangan PPPS menandakan bakal perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau tidak kesal meninggalkan jawatan dalam Kabinet bagi memastikan rakyat Sabah – atas tiket PPPS – menjadi medium penghubung dengan Pakatan.



Perubahan sokongan rakyat yang kian ketara kebelakangan ini, katanya, berikutan kepincangan kerajaan Umno BN mentadbir negara dengan baik termasuk kegagalan membela rakyat Sabah.

“Sehingga Jun 2012, pengangguran di kalangan belia Sabah dianggar seramai 74,000 orang – kadar terbesar di seluruh negara setakat ini,” katanya yang kesal kerana kerajaan Umno BN mengabai kebajikan rakyat negeri itu.

Sokongan rakyat makin lama makin merebak dengan terbaru,  Ahmad Yunin – abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN semalam.

Tiada ulasan: