MALAYSIA KINI
Pengumuman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa rebat RM200 hanya
boleh digunakan untuk telefon pintar berharga RM500 ke bawah mengundang
gelombang kritikan di ruang maya.SKMM semalam mengumumkan dilamanwebnya lima kriteria untuk mendapat rebat RM200 itu, termasuklah harga siling telefon pintar sebanyak RM500.
Seorang penulis blog, Pradeesh menyuarakan kebimbangannya
dalam blognya bahawa harga RM500 untuk telefon pintar terlalu "murah dan lemah" dan harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000.
Beliau merungut bahawa telefon dengan harga sedemikian kebanyakannya adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.
Pradeesh mencadangkan agar Malaysia menghasilkan telefon pintarnya sendiri yang khusus untuk program rebat itu dengan usahasama dengan pengeluar telefon.
Ruang Twitter Malaysia yang dikenali dengan jolokan Twitterjaya turut sarat dengan kritikan dan jenaka terhadap had harga RM500 itu - menggunakan tanda pagar #1MalaysiaPhone dan #PakejKomunikasiBelia.
Luqman the Human misalnya berkata, "Telefon 1Malaysia Phone akan dilengkapi applikasi istimewa membolehkan anda menampal gambar Najib dan Rosmah ke atas gambar anda untuk kelihatan lebih cool".
Muhd Shafiq Hassim pula berkata, "Nada dering: Lagu Umno. Gambar penghias skrin: Gambar Najib. Warna pilihan pula merah, biru, kuning dan putih sahaja".
Syed Azral Salim pula berkata, "Telefon 1Malaysia akan disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan