THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR ― Ketua
Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengecam
tindakan pemimpin pembangkang mengugut seorang anggota Exco Wanita Perak
dan menyifatkannya perbuatan membuli yang keji.
Beliau berkata meskipun berbeza ideologi politik, tidak ada sesiapapun yang diberi kebebasan untuk mengugut satu sama lain.
“Saya rasa ini bukan budaya yang patut kita biar menular atau merebak dalam politik.
“Apa yang berlaku kepada Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak Datuk Hamidah Osman yang diugut seorang pemimpin DAP adalah perbuatan yang amat keji,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan meraikan warga emas di The Little Sisters Of The Poor, Cheras sempena sambutan Hari Natal 2012 di sini, hari ini.
Pada 22 Dis lepas, Hamidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat di Ipoh, Perak selepas Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
Ugutan Nga itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan isu habuan tanah bernilai RM30 juta di Gua Musang, Kelantan. Shahrizat (gambar) juga menyifatkan ugutan itu adalah satu keganasan terhadap wanita.
“Saya mengecam perbuatan itu terutama apabila ia dilakukan oleh seorang lelaki yang dinamakan pemimpin. Bagaimana seorang pemimpin lelaki boleh ugut dan buli seorang wanita hanya atas nama politik sahaja,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menyampaikan sumbangan YKN berjumlah RM2,000 kepada rumah kebajikan itu. ― Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan