HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Disember 2012

Iskandar Kecewa SYABAS Gagal Pulih Bekalan Air


Iskandar lori Syabas 01

PANDAN JAYA: Exco Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad kesal dengan kelewatan bantuan lori tanker Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ekoran masalah ketiadaan air di beberapa pangsapuri dan perumahan di Dun Cempaka.

Situasai ini nyata mengecewakan dan menyukarkan pengguna melaksanakan aktiviti seharian termasuk mengganggu kelancaran majlis kenduri perkahwinan.

“Tapi sejak tengah malam tadi, tiada tanker yang sampai. Paling teruk di Pangsapuri Seri Cahaya dan rumah teres Taman Bakti yang ada majlis kenduri kahwin.

“Saya tidak boleh terima alasan booster pump di Wangsa Maju rosak. Kenapa tidak ada alat ganti? Kenapa perlu berhari-hari untuk baikpulih?,” kata Adun Cempaka ini dalam satu pesanan ringkas kepada TV Selangor.

Hampir keseluruhan kawasan Dun Chempaka memerlukan bantuan tanker air termasuklah di Pangsapuri Pandan Jaya, rumah teres Pandan Jaya, Taman Bakti, Taman Dagang, Taman Chempaka, Kampung Pandan dan Taman Cahaya

Jelasnya, tanker air yang dihantar tidak mencukupi dan menyeluruh bagi menampung keperluan penduduk.

“Saya telah minta jadual penghantaran tanker dari Syabas supaya dapat saya beritahu kepada penduduk supaya mereka tidak tertunggu-tunggu. Tetapi tiada reaksi balas dari Syabas,” ujarnya lagi.

Iskandar menegaskan, keadaan ini membuktikan betapa pentingnya penstrukturan semula industri air Selangor sekaligus memberikan kuasa mengurus mutlak kepada Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: