Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu boleh mendatangkan risiko kepada pelabur termasuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana semakanyang dibuat oleh pihaknya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ASB tidak mempunyai aset atau rekod perniagaan yang baik.
"Syarikat itu juga (ASB) tidak pernah memfailkan penyata kewangan syarikat. Selain modal berbayar RM20 juta, ASB dibebankan dengan hutang RM98 juta daripada Kuwait Finance House," katanya.
Sehubungan itu kata Rafizi, apabila BHB menyatakan nilai RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama antara pembeli dengan penjual, ini membuktikan urus niaga itu dilakukan kerana politik, bukan pelaburan komersial.
Pembelian saham oleh BHB, syarikat pelaburan LTAT itu dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya, Bakti Wira Developement Sdn Bhd yang mengambil alih pegangan itu daripada Prestige Dimension Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti ASB pada 20 Disember lalu.
Bakti Wira Development dan ASB turut menandatangani perjanjian dengan Awan Megah untuk memiliki 80.94 hektar tanah pegangan bebas bernilai RM130 juta di Klang, Selangor.
Deepak yang sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak terutama Datin Seri Rosmah Mansor berpaling tadah dengan membuat kenyataan menerusi media pembangkang mengecam Perdana Menteri dan isterinya.
Lantaran itu, diandaikan pembelian syarikat milik Deepak bertujuan untuk mendorong Deepak tutup mulut.
"Menteri (Zahid) mesti pastikan pelaburan ini terbaik. Mereka (BHB) menggunakan wang yang dilabur anggota tentera menerusi potongan gaji mereka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan