Menurut komander pusat tersebut, Rafar Ahmad, bekas kontena itu ditutup oleh Jabatan Tanah dan Galian dengan pita merah dan putih.
Ini diikuti dengan rundingan selama setengah jam diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Phua Kia Yaw dan Rafar dengan seorang pegawai yang dari kerajaan Pahang.
"Mereka hanya menutup (kontena) tetapi tidak memindahkannya," kata Rafar ketika dihubungi oleh Malaysiakini, sambil menambah mereka kemudiannya diminta meninggalkan premis tersebut.
Himpunan Hijau telah menempatkan dua kontena berukuran 10x20 kaki di kawasan seluas tiga ekar di Balok minggu lalu sebagai pusat perancangan kempen anti-Lynas.
Ia diletakkan di sebelah salah satu jalan utama menuju ke kawasan perindustrian Gebeng(tempat loji itu terletak - yang menghasilkan sisa radioaktif..
Satu notis mengarahkan kumpulan itu memindahkan pusat tersebut dalam tempoh 48 jam telah diserahkan pada 27 Disember mengikut seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.
Menurut Rafar, kira-kira 30 pegawai penguatkuasa dari Jabatan
Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Kuantan dan polis, tiba di pusat tersebut pada jam 3.15 petang tadi dan mereka berdepan dengan lebih 200 penyokong Himpunan Hijau.
Katanya, para penyokong telah meletakkan kira-kira 30 buah kereta ke pintu masuk utama pusat tersebut untuk menghalang pihak berkuasa masuk ke situ.
"Tetapi mereka datang dengan menggunakan laluan alternatif," katanya.
Walaupun ditutup, katanya, mereka tidak akan meninggalkan tempat tersebut.
"Kami tidak ada sebarang 'pelan B'. Kami akan kekal di sini. Tunggu dan lihat apa yang mereka akan lakukan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan