SINAR HARIAN
JAKARTA - Seramai 7,317 warga Indonesia adalah pemegang saham dalam
sejumlah syarikat yang didaftarkan di Malaysia pada masa ini.
Pada masa yang sama, pengarah syarikat dalam kalangan warga Indonesia
di Malaysia pula berjumlah 10,989 orang, demikian menurut data yang
dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) Mohd Naim Daruwish di forum perniagaan Malaysia-Indonesia di sini
pada Sabtu.
Forum perniagaan itu dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Hassan Malek.
Mohd Naim juga berkata sejumlah lapan syarikat Indonesia yang beribu
pejabatdi Indonesia, telah mendaftarkan syarikat cawangan mereka di
Malaysia.
Syarikat itu ialah P.N. Palajaran Nasional Indonesia; PT Merpati
Nusantara Airlines; PT Lion Mentari; Rekayasa Industri PT, PT Bank
Syariah Muamalat Indonesia, TBK; KSO-SCISI; PT Riau Airlines dan PT
Wings Abadi.
Empat daripadanya adalah dalam bidang pengangkutan dan penyimpanan
masing-masing satu dalam bidang pembinaan, pendidikan; aktiviti
profesional, saintifik dan teknikal (aktiviti profesional, saintifik dan
teknikal) dan aktiviti perkhidmatan lain.
Setakat April tahun ini, sejumlah 1,033,709 syarikat telah berdaftar
dengan SSM yang terdiri daripada 1,029,192 syarikat tempatan dan 4,517
syarikat asing.
Data daripada laporan itu juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat
asing yang berdaftar dengan SSM dalam tempoh 13 tahun lalu meningkat
setiap tahun daripada 3,896 syarikat pada tahun 2000 kepada 4,517
syarikat pada April, 2013. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan