MALAYSIA KINI
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata
operasi pada dinihari itu dijalankan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur dan anggota polis yang dilengkapi senjata.Pihak berkuasa
awal pagi ini merampas berpuluh-puluh khemah yang didirikan oleh
aktivis Padang Merbok selepas perhimpunan 'Black 505' pada hari Sabtu
lalu.Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata operasi pada jam 4.30 pagi itu dijalankan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis yang dilengkapi senjata.
“1 pagi jumpa DBKL bagi jaminan 8 pagig akan kosongkan Padang Merbok. Tapi 4.30 pagi DBKL dengan polis bersenjata rampas khemah dan kasari, tendang orang yang tidur,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.
Seramai 45 orang peserta berkenaan kemudiannya disertai kira-kira 150 orang lagi yang berhimpun dan berbaring sebagai tanda bantahan di satu kawasan di depan bangunan Parlimen sejak jam 8.30 pagi ini.
Semalam DBKL mengarahkan peserta perhimpunan itu menanggalkan khemah mereka kerana tindakan mendirikan khemah di tempat awam, menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan