HALAMAN SANTAI
Khamis, 27 Jun 2013
Anwar tamak mahu rampas kerusi Kuala Besut, kata Shabery
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata sikap pemimpin pembangkang tersebut sebagai tidak menghormati keluarga Dr. A. Rahman yang masih bersedih dan bukannya hanya memikirkan tentang politik.
"Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sabar dahulu kerana bagi kami perlu hormati keluarga arwah yang masih sedih atas pemergian.
"Inilah sikap orang politik, baginya ia adalah perkara yang menggembirakan... Kemudiaan tunjuk sikap tamak untuk terkam kerusi disitu," kata ahli Parlimen Kemaman itu dalam sidang media di Hotel One World, merujuk kepada ketua pembangkang semasa merasmikan majlis perkhidmatan penyimpanan jalur lebar Awan HeiTech pagi ini.
Menurut Ahmad Shabery, calon bagi kerusi tersebut hanya akan diputuskan selepas keadaan reda bagi menghormati keluarga arwah.
"Bagi saya, ini masih waktu bersedih untuk kami," katanya lagi.
Beliau menegaskan sebarang perbincangan tentang nama calon tidak wajar dilakukan sekarang memandangkan pihak keluarga masih bersedih dan perlu menunggu notis daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi tersebut.
"Kami belum fikir pasal calon, ia terlalu awal untuk kami... Kami masih menunggu notis daripada SPR," tambah beliau.
Apabila ditanya tentang peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi Kuala Besut, Ahmad Shabery berkeyakinan gabungan pemerintah tersebut berkemampuan untuk menang memandangkan penyokong pembangkang sendiri telah merasai diri mereka tertipu kerana mengangkat sumpah di Dewan Rakyat walaupun mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
"Kami mempunyai keyakinan mempertahankannya... malahan penyokong pembangkang sendiri rasa diri mereka tertipu dan tersinggung dengan kononnya PRU lepas adalah satu bentuk penipuan.
"Disaat mereka berhimpun di luar Parlimen, pemimpin pembangkang mengangkat sumpah di dalam," ujarnya lagi.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu akibat, akibat kanser paru-paru.
Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab hari ini berkata pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos depan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Catat Ulasan