HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Jun 2013

Imigresen Sabah: Kami ikut arahan kerajaan negeri halang Nurul Izzah

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR— Jabatan Imigresen Sabah mengatakan mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri untuk menghalang Nurul Izzah Anwar (gambar) daripada memasuki Sabah.

“Arahan itu diterima dari semasa ke semasa,” kata Noor Alam Khan Abdul Wahid dipetik dari The Star Online mengulas tentang halangan terhadap naib presiden PKR itu ke Sabah semalam.

Seorang pegawai di jabatan ketua menteri berkata, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Penghantaran pulang naib presiden PKR itu dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai menurut ahli Parlimen BN Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin adalah “bencana” dan “kesilapan besar”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan Ketua Menteri (KM) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengapa Nurul Izzah dihalang masuk ke negeri itu dan terus dihantar pulang, dan berapa ramai lagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang akan dihalang.

Menurut Lim, tindakan tersebut melanggar prinsip asas hak asasi manusia dan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia dilayan dengan buruk di negara sendiri.

“Memandangkan senarai tersebut adalah hak prerogatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, kami ingin tahu siapa lagi yang dinamakan dalam senarai larangan terbabit,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai “penahanan anti demokrasi”, Naib Presiden PKR Nurul Izzah hari ini mengatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri Sabah atas tindakan mereka  itu di mahkamah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan KM Musa mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.

“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.

271 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 271 daripada 271
Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Nurul Izzah dalam Twitternya pada pukul 7.30 malam menyebut; "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca PRU-13. Just you wait BN".

Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Pada 7 April lalu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) turut tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.

Unknown berkata...

Laporan polis Raja Nong Chik terhadap Nurul Izzah

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan 'jahat' yang dibuat sehari sebelum hari mengundi.

Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan


Katanya, laporan tersebut berkenaan tuduhan berkaitan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Tindakan ini diambil apabila melihat terdapat elemen salah laku yang dibuat oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu hari ini.


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Yang turut hadir, peguamnya, Shahir Ab. Razak daripada Tetuan Raja Riza & Associates dan Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan.

Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Pada 4 Mei lalu, dalam sidang akhbar Nurul Izzah menuduh Raja Nong Chik terlibat dengan urusan pindah milik tanah 12 ekar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Nurul Izzah turut mendakwa, YWP memberi tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta, Kiara Mas Sdn. Bhd. yang ia akan dijual kepada sebuah entiti swasta selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan jumlah sebanyak RM475 juta.


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaitkan isu tersebut dengan kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corp.) memberikan 12 daripada 62 ekar tanah kepada DBKL.

Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Sebelum ini, Raja Nong Chik menjelaskan bahawa isu pemilikan tanah yang dinyatakan oleh Nurul Izzah adalah melibatkan dua tanah berbeza yang diberikan kerajaan kepada DBKL dan YWP.


Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

Tambah Raja Nong Chik, beliau turut mempertimbangkan isu itu untuk dibawa ke mahkamah bagi tindakan sivil.

Sementara itu, Mohamad Sazali yang hadir bersama juga membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat double standard apabila tindakan tidak berpandukan akta dan peraturan pilihan raya yang banyak dibuat pihak PKR tidak diambil peduli.

Unknown berkata...

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan

"Kita telah membuat aduan kepada SPR pada hari berkenaan namun tiada apa-apa tindakan dan harap pihak berkuasa dapat menyiasat lebih lanjut," ujarnya.


Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengakui berbangga dengan 21 rakyat Malaysia di Singapura yang ditahan polis republik itu atas kesalahan berhimpun kerana menyifatkannya sebagai kebebasan bersuara mereka yang mahukan keadilan sistem pilihan raya di negara sendiri.


Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Sehubungan itu, empat pimpinan kanan PKR iaitu dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Chua Jui Meng serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan haram Bersih, Datuk S. Ambiga turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap PKR dan tindakan rakyat Malaysia terbabit.


Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Ketika ditemui media selepas penyerahan itu, Tze Tzin berkata, tindakan 21 rakyat Malaysia tersebut merupakan satu bentuk patriotisme kerana mahukan keadilan di tanah air sendiri dan tiada kena-mengena dengan Singapura.


Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Katanya, PKR juga sedaya-upaya akan menyediakan bantuan kepada mereka yang terbabit sekiranya diperlukan.

Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

"Dan kita sebagai rakyat Malaysia cukup bangga dengan tindakan mereka, walaupun mereka ada langgar undang-undang di Singapura tetapi itu satu kebebasan suara rakyat Malaysia.

Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

"Mereka tidak berniat untuk langgar sebarang udang-undang atau cabar kerajaan Singapura tapi tindakan mereka terhadap Malaysia, tiada kena-mengena dengan kerajaan Singapura (kerana) mereka nak tunjuk patriotisme terhadap Malaysia," katanya.

Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Memorandum tersebut antaranya menyatakan kebimbangan PKR terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan akibat menganjur dan menyertai protes haram di Singapura pada 11 Mei lalu.


Unknown berkata...

PKR 'BANGGA ' rakyat langgar undang-undang Singapura

Akibat protes haram di Merlion Park di republik tersebut pada 11 Mei lalu, salah seorang peserta dibatalkan permit kerja di Singapura, sementara dua lagi menghadapi pembatalan pas lawatan sosial ke negara jiran tersebut.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

APABILA membaca desakan yang dibuat oleh Nurul Izzah dan juga rancangan peguam PKR Sabah ke atas Datuk Seri Musa Aman, saya mewakili rakan Ketua Puteri UMNO bahagian di Sabah memandang berat ke atas apa yang berlaku.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Tindakan Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Sudah tentu jika dibenarkan Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Persoalannya sekarang ialah Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembangkang juga memenangi beberapa negeri.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Jika mereka mengikhtiraf PRU13 tidak adil, maka seharusnya mereka dengan terhormat tidak menubuhkan kerajaan negeri di kawasan yang mereka menangi, tetapi semuanya indah khabar dari rupa.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Saya menyeru kepada Nurul Izzah Anwar agar sedarlah dirimu siapa dan hormatilah aliran demokrasi pilihan rakyat Sabah sepertimana BN menghormati kemenangan beliau.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Sehubungan dengan itu, tindakan Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Permintaan Nurul Izzah Anwar supaya Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; manakala Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut Undang-undang,

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Namun, mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Anggapan bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Seharusnya Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Saya percaya dengan sokongan padu daripada rakyat Sabah, Ketua Menteri Sabah akan terus mengotakan janji dalam Manifesto BN untuk rakyat Sabah mendapat faedah yang berterusan.

Unknown berkata...

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?

Salam Hormat,

HJH MUSLIATI MOSLIMIN

Ketua Puteri UMNO Sabah
Merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menyelar sikap pembangkang yang tetap menaburkan fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) ketika berkempen biarpun di dalam bulan suci Ramadan.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Menurut beliau, Pas sebagai sebuah parti Islam, sepatutnya lebih faham tentang kesucian Ramadan dan sepatutnya kepimpinan Pas tidak menabur fitnah dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar dalam kempen mereka terhadap calon BN.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Mereka kempen kepada rakyat dengan mendakwa, calon BN adalah orang luar dan bukannya anak tempatan di sini. Ini tidak betul.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Calon BN, Tengku Zaihan sememangnya anak tempatan dan bukannya orang luar. Bukankah itu satu fitnah?

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Memang dia tidak menetap di sini sepanjang masa kerana dia belajar di luar. Maklumlah anak muda sekarang, merantau ke luar menuntut ilmu. Bukan macam dulu.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Jadi kadang-kadang pembangkang ini pun sesuka hati main cakap aja, macam orang mengail.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Kalau orang mengail, dia pakai campak aja mata kail di lombong. Tapi ada juga ikan yang termakan kail itu,” sindir beliau ketika ditemubual oleh UMNO-Online di sini hari ini.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Justeru itu, beliau meminta agar penduduk khususnya pengundi di DUN Kuala Besut agar tidak mempedulikan dakwaan atau tohmahan yang dilemparkan oleh kepimpinan Pas kerana perkara tersebut tidak benar.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong


“Saya yakin dan percaya, bahawa calon yang dipilih oleh BN untuk mewakili penduduk di DUN Kuala Besut ini boleh dikatakan lengkap dari sudut ilmu dan keperibadiannya. Berlatar belakangkan keluarga yang baik, mempunyai latar pendidikan yang cemerlang dan juga mewakili orang muda.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Jadi boleh dikatakan calon ini mempunyai pakej yang lengkap, jadi tidak ada sebab untuk pengundi di Kuala Besut untuk menolak calon BN bagi mewakili aspirasi dan kehendak penduduk di sini,” ujarnya lagi.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Ini amat berbeza dengan calon parti pembangkang yang menurut beliau, telah membuat kenyataan baru-baru ini yang mahu mengupah orang lain untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat seolah-olah beliau terpaksa untuk bertanding.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Ini bukan kita buat-buat cerita, tetap dia sendiri membuat pengakuan ini di dalam sebuah klip video yang tersebar di internet. Calon Pas minta izin kepada pengundi, sekiranya dia menang, dia akan mengupah orang lain untuk berkhidmat kerana dia tidak mampu untuk tumpukan perhatian terhadap penduduk di sini kerana sibuk menguruskan perniagaannya.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Kalau nak dibandingkan antara calon BN dan calon pembangkang, saya tak nampak la sekiranya rakyat di sini tidak dapat menilai calon mana yang lebih baik.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Calon yang seolah-olah tak nak bertanding, dengan keegoannya berkata dia tak dapat tumpukan perhatian untuk berkhidmat kepada penduduk di sini dan akan upah orang lain, dengan calon yang sememangnya anak tempatan dan bersedia untuk berkhidmat dengan sepenuh hati untuk penduduk kampungnya sendiri,” ujarnya.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

Lantaran itu, beliau berharap agar para pengundi di Kuala Besut dapat menilainya dengan penuh matang dan rasional demi untuk masa depan penduduk di sini.

Unknown berkata...

Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong

“Saya yakin, penduduk dan pengundi di DUN Kuala Besut ini bijak untuk menilai yang mana satu intan dan yang mana satu kaca,”akhiri beliau.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

Seperti yang dijangka ramai sebelum ini, Lembah Pantai di antara kerusi panas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini bakal menyaksikan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang bakal berdepan dengan calon PKR, Nurul Izzah Anwar.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

Tidak hairanlah jika sebelum ini, Nurul Izzah sering menyerang Raja Nong Chik bagi menyemai perasaan ‘benci’ di hati pengundi di parlimen tersebut terhadap calon BN.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

Ujar Nong Chik, beliau sama sekali tidak gentar berhadapan dengan Nurul Izzah malah berkeyakinan penuh bahawa parlimen ini bakal kembali ke tangan BN.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Ramai pengundi di sini tahu, sejak PKR menang di sini, Nurul Izzah begitu jarang mendekati pengundi. Tetapi apabila PRU sudah semakin hampir dia mula berkempen dan menuduh UMNO dan BN dengan cerita-cerita buruk termasuklah isu yang kerap dibangkitnya iaitu pengundi hantu.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Isu ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Nurul Izzah memang tidak buat kerja kerana dakwaannya ini sama sekali tidak berasas… Kononnya terdapat 4,000 pengundi hantu di Parlimen ini.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Sekiranya kita lihat apa yang telah dikemukakan oleh Nurul Izzah kepada SPR, senarai tersebut adalah penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan setinggan yang telahpun berpindah. ...

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

... Alamat mereka memang tidak wujud lagi. Saya tidak fahamlah samada Nurul Izzah memang tidak faham perkara ini atau sengaja buat tidak faham.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Dia terus memomokkan pengundi di Parlimen ini dengan isu pengundi hantu. Isu ini tidak relevan dan adalah lebih baik membela nasib rakyat dari terus memburukkan UMNO dan BN,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas majlis pengumuman Calon BN di PWTC, hari ini.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

Selain itu, Nong Chik turut melahirkan rasa terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk berjuang di Parlimen Lemban Pantai.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Saya berkeyakinan penuh, BN akan kembali di Lembah Pantai bukan sahaja melalui kekuatan manifesto atau akujanji yang dibentangkan baru-baru ini tetapi kerana asas-asas yang telah dilakukan selama ini walaupun BN adalah pembangkang di sini

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Kita sentiasa memperjuang dan membela nasib rakyat di sini walaupun kita tewas pada PRU lalu. Namun itu bukan bererti kita harus berhenti membela nasib rakyat.

Unknown berkata...

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

“Tidak kira kita kalah atau menang, BN akan terus memperjuangkan nasib rakyat tanpa ada sebarang pengecualian. Saya akan terus mengekalkan perkhidmatan yang baik di Lembah Pantai,” ujarnya lagi.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 271 daripada 271   Terbaru› Baru»