HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Jun 2013

Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan


 


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

NONE"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".

NONETulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.

Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.

"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.

"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya.

62 ulasan:

Unknown berkata...

Selepas PRU13, pelbagai komen daripada pihak bertanggungjawab/berkuasa mengenai dakwat pilihan raya atau dakwat kekal yang tidak kekal. “In overseas, indelible ink does not have to comply to halal status for Muslims,” EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof told reporters here.

Saya difahamkan, Afghanistan telah menggunakan dakwat kekal untuk pilihan rayanya pada tahun 2004, Bukankah Afghanistan Negara Islam, adakah ia tak perlu “comply to halal status for Muslim”?

Unknown berkata...


“At the same time, an official letter from the Ministry of Health stated that the content of silver nitrate must not exceed one per cent.” (1 % = 10,000 ppm, parts per million)

Perkara ini telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan. Pada pendapat saya KKM lebih mengetahui farmakologi atau chemistry argentum nitrate berbanding SPR.

Unknown berkata...


“A higher content of silver nitrate would cause internal organ failure, so it has been replaced by herbal ingredients, he said. “

Daripada pelbagai kenyataan di atas, dakwat yang digunakan dalam PRU13 juga dikatakan tidak mengandungi argentum nitrate yang telah digantikan dengan “herbal ingredients”.

Unknown berkata...

Oleh itu, kita boleh buat kesimpulan bahawa bahan herba yang digunakan boleh menggantikan fungsi argentum nitrate, iaitu mengekalkan warna untuk masa yang lebih lama. Adakah kesimpulan ini benar? Tentu sekali tidak. Berdasarkan pengalaman semasa mengundi, dakwat yang dicat dijari hilang dalam beberapa jam sahaja.

Lazimnya, dakwat yang digunakan mengandungi dye (perwarna) (lebih baik daripada pigment). Dye lazimnya larut dalam air (seperti yang digunakan pencetak kain batik).

Unknown berkata...

Yang anih ialah kenyataan yang silver nitrate boleh menyebabkan “internal organ failure”. Semasa di tingkatan dua, saya percaya semua pelajar Sains Am didedahkan kepada penggunaan argentum nitrate sebagai bahan menguji kewujudan ion klorida dalam larutan. Dan kemungkinan besar AgNO3 ini terkena pada baju atau tangan kita, kesannya dapat dilihat seperti gambar di bawah.

Unknown berkata...

Warna hitam/gray ini tidak akan hilang sehingga sel kulit berkenaan gugur atau terhakis, dan sel kulit baru tumbuh (5 – 7 hari). Setelah 60 tahun merdeka banyak pelajar yang terdedah kepada argentum nitrate, kita tidak pernah dengar laporan kegagalan organ dalaman disebabkan oleh silver nitrate, tetapi jika disebabkan oleh meminum arak memang ada.

Unknown berkata...

Di bawah adalah petikan berkenaan penggunaan Silver nitrate untuk nyahjangkit (disinfect) air. (2009) [silver (argentum) adalah sejenis logam, perak dalam BM, dan silver nitrate adalah bahan kima yang larut dalam air]

“Silver nitrate is currently unregulated in water sources by the Environmental Protection Agency. However, if more than 1 gram of silver is accumulated in the body, a condition called argyria may develop. Argyria is a permanent cosmetic condition in which the skin and internal organs turn a blue-gray color. The United States Environmental Protection Agency used to have a maximum contaminant limit for silver in water until 1990, when it was determined that argyria did not impact the function of any affected organs.

Argyria is more often associated with the consumption of colloidal silver solutions rather than with silver nitrate, since it is only used at extremely low concentrations to disinfect the water. However, it is still important to be wary before ingesting any sort of silver-ion solution.”

Unknown berkata...

Kenyataan dalam sebuah laman web tempatan berkenaan “internal organ failure” mungkin adalah apa yang dikatakan Argyria, suatu keadaan iaitu kulit dan organ dalaman akan berwarna blue-gray. Tetapi pada tahun 1990 didapati argyria tidak mendatangkan kesan kepada fungsi organ dalaman, sebaliknya colloidal silver yang lebih berkaitan dengan argyria. Namun, Argyra adalah satu keadaan kosmetik (kecantikan) dan bukan barah.

[Colloidal silver is a suspension of submicroscopic metallic silver particles in a colloidal base]

Unknown berkata...

Yang harus kita perhatikan daripada kenyataan ini adalah silver (sama ada silver nitrat atau colloidal silver) perlu di “consume”, atau dimakan, minum atau disuntik ke dalam badan manusia (penghadaman), dan bukan dengan mencalit dakwat mengandungi silver nitrat pada hujung jari sahaja, lagipun sekali dalam 5 tahun; mungkin dua kali dalam 5 tahun kalau ada by-election.

Unknown berkata...

Silver nitrate mempunyai kesan yang terhad dengan sendiri (self-limiting). Apabila ia dikenakan (disapu) pada kulit ia membentuk lapisan putih (protein precipitant), Lapisan ini akan menghalang kemasukan bahan kimia seterusnya, iaitu mengehad dengan sendiri. Lapisan atasan akan membentuk plak warna hitam (silver klorida) yang akan hilang dengan sendiri apabila sel dalam lapisan berkenaan terhakis atau gugur.

Unknown berkata...

Satu lagi petikan yang menyatakan sebatian silver tidaklah sampai mengugat nyawa (itupun jika dimakan) adalah seperti berikut.

“Dr Alan BG Lansdown, Honorary Senior Research Fellow and Senior Lecturer in Chemical Pathology, Clinical Chemistry and Investigative Sciences at Imperial College London, states that "Chronic ingestion or inhalation of silver preparations (especially colloidal silver) can lead to deposition of silver metal/silver sulphide particles in the skin (argyria), eye (argyrosis) and other organs. These are not life-threatening conditions but cosmetically undesirable.” This view is supported by the Agency for Toxic Substances and Disease Registry (ATSDR) and other authorities.”

Sebaliknya ada syarikat yang menjual silver sebagai bahan untuk kesihatan, Sila rujuk www.nutrasilver.com/myths.

Unknown berkata...

Untuk maklumat pembaca Business Today (India) April (2009) melaporkan berikut “Mysore Paints & Varnish Ltd., the world’s oldest maker of indelible ink and the only one in India. This year, it exported the ink to Ghana, Mongolia, Malaysia, Nepal, South Africa and the Maldives. In 2004 used in Afghanistan”

Saya harap artikel ini dapat memperkayakan ilmu pembaca khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan pada masa depan tidak ada lagi cerita hikayat mengenai silver nitrate dalam dakwat piliha raya akan timbul lagi.

Pepatah Melayu mengatakan bahawa “Segan mengayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan.

Unknown berkata...

Sejak daripada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) khususnya, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keadaan semakin parah apabila pembangkang tewas dalam PRU-12 (2008), apabila jari mula di tuding kepada SPR sebagai punca utama kekalahan mereka.

Unknown berkata...

SPR dijadikan kambing hitam. Pembangkang secara sistematik mula merancang mengenakan tekanan terhadap SPR.

Unknown berkata...

Himpunan haram yang dilabel Bersih-1, Bersih-2 dan Bersih-3 diadakan kononnya untuk mengenakan tekanan awam ke atas SPR dengan pelbagai tuntutan.

Unknown berkata...

Kejayaan pembangkang ialah apabila Parlimen menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) untuk Penambahbaikan Pilihan Raya.

Unknown berkata...

Hampir kesemua tuntutan pembangkang telah dipenuhi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ini, termasuk mengguna pakai kaedah kuno “dakwat kekal" untuk kononnya menghalang pengundian berganda, atau dalam istilah pembangkang, “pengundi hantu.

Unknown berkata...

Walaupun SPR mencadangkan penggunaan kaedah biometrik yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beria-ia menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal.

Unknown berkata...

Namun apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13 baru-baru ini, pembangkang pula beria-ia pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut.

Unknown berkata...

Tidak pernah saya lihat dalam sejarah pilihan raya di dunia ini termasuk di negara ketiga dan mundur di mana pembangkang beria-ia cuba ‘menghapuskan’ kesan dakwat kekal pada jari pengundi selepas mengundi.

Unknown berkata...

Walaupun langsung tidak ada sebarang bukti yang sahih, dan langsung tidak ada bukti adanya pengundi yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal boleh mengundi semula buat kali kedua, namun pembangkang terus memainkan sentimen ini untuk menimbulkan kebencian kepada SPR. Kesemua ini adalah dengan satu tujuan, untuk memperlekeh dan mempertikai kredibiliti SPR; dan sekali gus keputusan pilihan raya!

Unknown berkata...

Sebenarnya masalah di negara ini bukannya dengan sistem pilihan raya, atau institusi SPR. Masalahnya ialah Malaysia mempunyai pembangkang yang demo-crazy, langsung tidak bertamadun, yang kerjanya tidak lain hanya menyalak dan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri!

Unknown berkata...

Sedangkan mereka sendiri seperti ayam yang gah berkokok, tetapi tahi penuh berselaput di ekor!

Unknown berkata...

Lihat sahaja cara “demokrasi" dilaksanakan di dalam PKR dan DAP! Sehingga ahli mereka sendiri mendedahkan konspirasi kotor dan jijik, pembohongan, penipuan, putar belit, amalan kronisme dan macam-macam lagi semasa pemilihan parti mereka.

Unknown berkata...

Sejak kekalahan mereka dalam PRU-13, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR. Mereka mengadakan road show, himpunan haram dan lain-lain untuk menekan SPR. Mereka memberi label “Blackout 505 - kononnya berlaku penipuan dan pembohongan oleh SPR dalam mengendalikan PRU-13 dengan fitnah kononnya SPR mahu memenangkan Barisan Nasional.

Unknown berkata...

Malah mereka sampai mahu mengadu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kononnya berlaku penipuan termasuk oleh SPR sehingga menyebabkan mereka kalah dalam PRU-13. Saya cukup pasti Obama akan bersetuju dengan saya yang pembangkang Malaysia ini memang sahih demo-crazy!!!

Unknown berkata...

Terbaru, pembangkang mendesak supaya kesemua anggota SPR, terutamanya Pengerusi, meletak jawatan. Malah mereka mendesak supaya SPR diletakkan di bawah penguasaan dan penyeliaan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan diketuai pembangkang.

Unknown berkata...


Persoalannya ialah adakah tuntutan ini wajar? Dan adakah kerajaan patut akur dan tunduk kepada desakan pembangkang ini?

Unknown berkata...

Untuk mengupas isu ini, kita wajib melihat sumber penubuhan dan fungsi, kuasa dan kedudukan institusi SPR itu sendiri.

Unknown berkata...

Peruntukkan berkenaan penubuhan SPR dan perkara berkaitan dengan keahliannya dan perjalanan pilihan raya umum di Malaysia terkandung didalam Bab 8 Perlembagaan Persekutuan dalam bab pilihan raya.

Unknown berkata...

Secara khusus, perkara berkaitan SPR dan institusinya terkandung didalam Artikel 114. Soal pelantikan, penggajian dan penamatan ahli SPR semuanya disebut didalam Artikel 114 yang mengandungi tujuh perkara.

Unknown berkata...

Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga ahli lain.

Unknown berkata...

Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Unknown berkata...

Jelas daripada peruntukkan di atas bahawa kuasa melantik ahli SPR adalah kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja!

Unknown berkata...

Langsung tidak disebut berkenaan kuasa Parlimen untuk melantik mana-mana ahli SPR.

Unknown berkata...

Jadi cadangan pembangkang untuk memberi kuasa kepada Parlimen untuk menentukan pelantikan ahli SPR bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malahan ia suatu cubaan rampasan kuasa ke atas kuasa dan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong

Unknown berkata...

Dalam erti kata lain, ia suatu penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Unknown berkata...

Mengapakah kuasa pelantikan ahli SPR diberi secara khusus dan mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong dengan konsultasi bersama Raja-raja Melayu tanpa langsung merujuk kepada Perdana Menteri, kerajaan mahupun Parlimen?

Unknown berkata...

Ini adalah kerana SPR adalah institusi yang akan mengendali, menyelia dan menjalankan pilihan raya yang akan menentukan sebuah Kerajaan bagi Malaysia. Dan ia adalah Kerajaan yang bernaung di bawah kuasa Raja-raja Melayu; kerana negara ini adalah dahulunya dikuasai oleh Raja-raja Melayu.

Unknown berkata...

Sudah barang pastilah penentuan pembentukan mana-mana Kerajaan bagi negara ini mesti mendapat perkenan Raja-raja Melayu. Dan untuk memastikan itulah maka kuasa melantik ahli SPR diberi secara mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain.

Unknown berkata...

Namanya pun KeRAJAan. Ia adalah badan pentadbiran di awah naungan dan kuasa RAJA. Ia bukan government seperti yang difahami Barat - iaitu sekadar govern - mentadbir.

Unknown berkata...

Di Malaysia ia disebut KERAJAAN - pentadbiran negara di bawah naungan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Unknown berkata...

Sebab itu semua urusan Kerajaan dibuat atas nama dan bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ataupun Urusan Seri Paduka Baginda.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

MALAYSIA bukanlah negara yang terlalu sempurna, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Secara dasarnya, negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman, stabil, makmur dan sejahtera. Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai. Justeru, mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah, mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu, untuk diperjuangkan.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’, maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya. Sedangkan, kedua-dua isu ini bukanlah satu isu, buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang, serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya. Oleh itu, sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’, terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien. Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas. Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak. Apa yang PR terlepas pandang ialah, tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR, UMNO, BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu, iaitu PR sendiri, yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad. Lagipun, bukan sekali PR berbuat silap sebegini. Sebelum insiden Lahad Datu, PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’. Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas, PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini, iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN, di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya. Untuk pengetahuan PR, taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Sebuah perjuangan tanpa asas, tanpa isu yang ‘solid’, ‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan. Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Walaupun pelbagai taktik kotor PR berjaya dibongkar, jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya. Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.

Mumbai berkata...

RAKYAT WAJIB SALAHKAN PAKATAN KERANA MENDESAK SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL KETIKA SPR BERCADANG MAHU MENGGUNAKAN BIOMETRIK

Kesimpulannya, PR benar-benar bergantung kepada sokongan dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat bagi menumbangkan kerajaan BN secara tidak demokratik. Justeru, andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.

mantera berkata...

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada pembekal baru untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

mantera berkata...

Abdul Aziz berkata pihaknya akan mencuba untuk mendapatkan dakwat yang lebih baik bagi mengelakkan kesalahan yang lalu berulang.

mantera berkata...

pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.

mantera berkata...

Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan.

mantera berkata...

Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistempilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.