HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Jun 2013

Perjuangan mesti diteruskan..

.

Oleh SELENA TAY 

WALAUPUN PRU13 sudah berlalu, perjuangan mesti diteruskan oleh Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan bagi semua golongan masyarakat.

Bermula dari sekarang, ahli dan penyokong PAS harus berusaha sedikit demi sedikit untuk mendekati masyarakat Melayu di luar bandar dan kampung yang ketandusan maklumat yang benar.

Proses menyantuni masyarakat luar bandar memerlukan usaha yang gigih dan jangka masa yang panjang sebab cara melakukannya hanyalah dengan lawatan dari rumah ke rumah dengan disertai oleh cetakan risalah.

Tiada cara lain lagi untuk melakukan tugas ini kerana di kawasan kampung dan pedalaman tidak terdapat laman sesawang/internet. Oleh itu, gerak kerja untuk mengenali setiap penduduk haruslah dilakukan sekarang juga walaupun pilihan raya umum yang seterusnya akan diadakan hanya dalam lima tahun lagi.

Dengan permulaan gerak kerja yang awal, wakil rakyat daripada PAS akan berpeluang mengenali semua penduduk di dalam sesebuah kawasan Parlimen tersebut dan tidak pula perlu mengejar masa pada saat-saat yang terakhir sebelum pilihan raya.

Justeru, diharap wakil rakyat daripada PAS akan sempat mengunjungi sesebuah keluarga itu sekurang-kurangnya dua kali sebelum pilihan raya yang akan datang.

Tiada ulasan: