Keadaan jerebu di Taman Tema Keluarga Legoland semalam - Foto Bernama
Katanya kawasan konsesi berkenaan di bawah P.T Adei hanya dipenuhi pohon sawit matang serta di peringkat produktif dan oleh itu tidak melakukan kegiatan pembersihan tanah bagi tujuan penanaman semula.
Bagaimanapun, KLK mengaku terdapat kejadian kecil kebakaran di beberapa tempat di kawasan konsesi itu akibat musim kering.
"Pasukan bomba kami secara bertanggungjawab terlibat dalam memadam kebakaran itu dan kami telah meningkatkan pengawasan untuk memantau keadaan serta mengurus kejadian itu dengan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini.
KLK berkata ia telah mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa berkenaan tentang kejadian kebakaran itu dan akan terus memainkan peranannya sebagai syarikat perladangan yang bertanggungjawab.
P.T Adei adalah antara lapan syarikat Malaysia yang disyaki menyumbang kepada keadaan berjerebu sekarang.
Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya mendakwa lapan syarikat milik pelabur Malaysia menyumbang kepada pencemaran itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan