Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada rakyat
yang berani hadir ke himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, di sini
walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk
menakutkan mereka.
"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.
Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas pemedih mata, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.
Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan pada hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru.
"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.
Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadanan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.
"Kalau tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya. -HD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan