HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Jun 2013

RCI untuk siasatan insiden Lahad Datu boleh ditubuhkan - Hishammuddin

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, katanya siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.

"Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

"Saya tidak mahu ada orang yang tidak berdosa dituduh dan tidak mahu dalang yang terlibat ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-48 di Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Berhubung tiga dalang yang didakwa terbabit dalam insiden Lahad Datu, Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden itu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.

Hishammuddin menegaskan kejadian itu amat serius sehingga kerajaan menubuhkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Oleh itu, dia (Tian Chua) tidak berhak menggesa kerajaan kerana dia telah buat kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang telah menyinggung anggota keluarga tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban kerana insiden itu," katanya.

Pada 27 Jun lepas, Tian Chua yang juga Anggota Parlimen PKR bagi kawasan Batu berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. -Bernama

55 ulasan:

Mumbai berkata...

Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada pencerobohan militan oleh pengganas asing.

Mumbai berkata...

Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja ataupun dikenali sebagai Royal Commission of Inquiry (RCI) tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari.

Mumbai berkata...

Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula.

Mumbai berkata...

Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut giliranlah!

Mumbai berkata...

Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu.

Mumbai berkata...

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi! Maka, kita mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya.

Unknown berkata...

Kerajaan perlu melakukan segera siasatan terperinci berhubung dakwaan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna didalangi pihak dalam negara, kata Persatuan Bekas Komando Negeri Johor.

Unknown berkata...

Penasihatnya, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, dakwaan yang dibuat media dan anggota perisikan negara luar tentang dalang yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan di kawasan timur Sabah itu merupakan sesuatu yang amat serius.

Unknown berkata...

"Maklumat awal telah diperoleh (daripada media dan perisikan luar), apa yang perlu dilakukan adalah kerajaan memulakan siasatan yang serius untuk menentukan sama ada dakwaan itu ada kebenarannya atau tidak," katanya di sini hari ini.

Unknown berkata...

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya berkata, "tali barut" yang mendalangi insiden percerobohan di pantai timur Sabah itu mesti dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Unknown berkata...

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya berkata, "tali barut" yang mendalangi insiden percerobohan di pantai timur Sabah itu mesti dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Unknown berkata...

Insiden pencerobohan pengganas di pantai timur Sabah sehingga kini mengorbankan lapan anggota polis dan 53 pengganas dari selatan Filipina itu.

Unknown berkata...

Media dan laporan perisikan luar mendakwa pencerobohan pengganas ke pantai timur Sabah itu adalah di atas "jemputan" pemimpin pembangkang.

Unknown berkata...

Abdul Aziz yang berkhidmat sebagai anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dari 1970 hingga 1977 juga mahukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dibawa ke Lahad Datu dan Semporna untuk melihat sendiri operasi keselamatan di kawasan terbabit.

Unknown berkata...

"Bawa dia ke barisan hadapan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Lahad Datu. Kita suruh dia ikut polis dan tentera ke "Red Zone" untuk melihat sendiri ancaman pengganas itu terhadap kedaulatan negara," katanya.

Unknown berkata...

Terdahulu ini, Naib Presiden PKR itu mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna merupakan suatu sandiwara UMNO.

Unknown berkata...

Abdul Aziz berkata, pembangkang kini berada di dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mempermain-mainkan isu keselamatan negara, selain mempertikaikan kematian anggota polis negara.

It Will Rain berkata...

Bersatu Dalam Isu Pencerobohan di Lahat Datu. Dalam isu ini terdapat perbagai versi dan cerita yang saya dengar. Paling malang dan sedih ada yang mengatakan ini sandiwara. Sandiwara apa lagi hingga melibatkan kematian pasukan keselamatan kita. Mereka itu menceroboh Malaysia, dan ia adalah musuh kita. Walaupun mereka ada saudara mara di sabah, tapi mereka menuntut Sabah sebagai negara mereka.

Persoalannya layakkah mereka.Setelah Sabah dan rakyatnya bersetuju menyertai Malaysia, maka Sabah adalah hak kita, tanah air kita yang harus di pertahankan. Kita sepatutnya bersatu , jangan ada suara yang menuduh yang bukan bukan pada Kerajaan dan pasukan Polis dan ATM, Pasukan ini bersabung nyawa mempertahankan kedautan Malaysia.

Sepatutnya kita bersuara bagaimana mepertahankan Sabah, Sabah adalah sebahagian Malaysia. Jangan kita menuduh pihak itu dan pihak ini bersalah, kita kena senada bila Malaysia di ceroboh, bila ada masalah macam ini masih ada suara sumbang dan negatif mengutuk pihak berkuasa, sedangkan mereka tak tentu makan dan tidur mengawasi keadaan.

Unknown berkata...

Perkhidmatan penilaian psikologi kepada penduduk di beberapa perkampungan sekitar gugusan Felda Sahabat yang terjejas berikutan insiden pencerobohan pengganas dilihat mampu memulihkan perasaan trauma mereka.

Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr Valentine @ Japulee Gantul berkata rawatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu memberi impak positif dalam usaha mengembalikan semula keyakinan penduduk terbabit berhubung keselamatan mereka demi menjalani rutin harian seperti sedia kala.

“Selepas insiden pencerobohan, ramai penduduk khususnya di kawasan Bandar Lahad Datu, Desa Kencana dan Tungku mengalami trauma dan dibelenggu perasaan takut untuk keluar dari rumah bagi jalani rutin harian kerana bimbang ancaman keselamatan.

“Perkhidmatan kaunseling dari pakar dan doktor, yang khusus dalam bidang kaunseling dan psikiatri, berkunjung dari rumah ke rumah penduduk bagi mengenal pasti setiap masalah sebelum memberi khidmat nasihat yang sewajarnya.

“Kita juga buat lawatan ke klinik bergerak dengan kekerapan dua kali seminggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata empat doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan hadir ke sini setiap minggu untuk bertemu penduduk dan memberi khidmat nasihat serta kaunseling.

“Saya melihat cara ini berkesan dan sekarang, keadaan emosi penduduk sudah stabil serta pulih seperti sedia kala,” katanya.

Valentine berkata pihaknya turut memberi rawatan penyakit am dalam memastikan kesihatan penduduk berada pada tahap yang baik.

Unknown berkata...

Beliau berkata ketika ini, klinik kesihatan di Tanjung Labian beroperasi sepenuhnya bagi menyediakan rawatan kepada penduduk.

Sementara itu, lebih 1,000 penduduk Felda Sahabat mendapat rawatan dan khidmat nasihat perubatan dan pergigian percuma melalui Program Jiwa Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia sejak ia dilaksana 7 Mac lepas.

Pakar Perubatan Keluarga ATM Kolonel Dr Shamsul Buhary Muhammad berkata jelajah Jiwa Murni memasuki siri kelapan dan dijangka dua lagi akan dilaksana sebelum pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.

“Saya gembira kerana program ini berjaya mencapai objektif dalam memberikan pendedahan, rawatan dan khidmat nasihat perubatan, termasuk kesihatan pergigian kepada penduduk secara percuma.

“Setiap kali kami melawat kampung bagi menawarkan rawatan, ia pasti mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penduduk setempat,” katanya.

Dr Shamsul berkata berdasarkan rekod sebelum ini, antara 80 dan 180 pesakit mendapatkan rawatan am manakala 30 hingga 40 orang menerima rawatan serta pemeriksaan gigi.

Bagaimanapun, beliau berkata program itu, yang mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Lahad Datu, akan diteruskan dalam usaha memberi galakan kepada penduduk mengutamakan penjagaan kesihatan.

unknown berkata...

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

unknown berkata...

"Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu."

unknown berkata...

Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.

unknown berkata...

Bagi parti-parti itu DAP dan PAS, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka sungguh gembira, kerana kekuatan Bn sedikitnya dapat dikurangkan kerana pengetahuan Anwar dalam hal ehwal dalam Bn sendiri.

unknown berkata...

Tidak dinafikan Anwar mempunyai ramai pengikut dalam sistem kerajaan Bn, atas sebab itu polisi dan rahsia kerajaan Bn dengan mudah diketahui, dan kemudian diputar belit, kononnya hanya menguntungkan kroni; tujuannya untuk membangkit kemarahan rakyat.

unknown berkata...

Kebanyakan kenyataan Anwar bersifat menyerang peribadi Para pemimpin Bn dengan berbagai fitnah yang boleh membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat antaranya perampasan tanah dan rasuah.

unknown berkata...

Pembangkang sebenarnya tidak mengangkat isu-isu yang boleh membantu rakyat untuk maju, mereka fokus kepada bagaimana menabur fitnah.

unknown berkata...

Jika rakyat ikut nasihat Tun Dr Mahathir bahawa jika akal dan fikiran yang diguna pada PRU-13 akan datang, maka tiada sebab mengapa BN boleh kalah.

unknown berkata...

Pada tahun 1993, semasa Perhimpunan Agung Umno, Anwar mencanangkan team wawasan, dan pasukan itu mampu melonjakkan Anwar tanpa lawan bagi Jawatan Timbalan Presiden Umno.

joey berkata...

The Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) will be taking over Ops Daulat that was launched by the government to defend the country’s sovereignty during the armed intrusion at Lahad Datu.

joey berkata...

Ops Daulat would be renamed Ops Sanggah and will be led by ESSCOM to ensure the safety and well-being of the people, especially in the east coast areas.

joey berkata...

Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman, who witnessed the handing over of Ops Daulat from Armed Forces Chief, General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin and Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar to Director of ESSCOM, Datuk Mohamad Mentek, said, the sacrifice and the service of the security forces and all parties involved in Ops Daulat are greatly appreciated.

joey berkata...

He said the cooperation and commitment from all parties during Ops Daulat should be continued and enhanced in Ops Sanggah to ensure the safety of the people is assured.

joey berkata...

“Responsibility of protecting the country should not be attributed to the security forces alone, this responsibility should be implemented by all levels of society in order to preserve our national sovereignty.

mantera berkata...

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ekoran pencerobohan Lahad Datu adalah sesuatu yang wajar bagi membolehkan rakyat mengetahui siapa dalang di sebalik insiden tersebut.

mantera berkata...

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, walaupun kejadian itu telah berlalu namun ia masih jadi persoalan penduduk Sabah dan warga Malaysia amnya.

mantera berkata...

Dalang di sebalik kejadian berkenaan yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang perlu dirungkaikan agar tidak berulang pada masa akan datang.

mantera berkata...

Sehingga hari ini belum ada kertas putih atau laporan tertentu daripada kerajaan. Saya bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kalau ada RCI diwujudkan. Lebih sesuai sebab rakyat tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu,”

mantera berkata...

Bagi Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus M Mojigoh, cadangan penubuhan RCI sangat dipersetujui kerana pencerobohan Lahad Datu menjadi persoalan kepada dirinya sendiri selaku rakyat Sabah.

mantera berkata...

Rakyat Sabah perlu tahu jika betul terdapat dalang di sebaliknya, apakah sebenarnya tujuan mereka berbuat demikian memandangkan ia mengorbankan banyak nyawa.

mantera berkata...

Ini adalah kehendak rakyat yang ingin mengetahui perkara sebenar. Saya bersetuju kalau RCI ditubuhkan untuk mengenalpasti orang yang bersubahat yang mencetuskan ketidaksenangan hati kepada rakyat di Sabah,” ujar beliau.

mantera berkata...

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut sependapat kerana ia melibatkan keselamatan negara.

mantera berkata...

Katanya, keselamatan adalah milik rakyat dan tidak terhad kepada pembangkang dan kerajaan bagi memastikan keselamatan negara akan datang lebih terjamin.

“Oleh kerana ia melibatkan isu keselamatan negara, maka ia sangat wajar diadakan,” katanya.

mantera berkata...

Hishammuddin selaku Menteri Pertahanan menjelaskan RCI untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan.

mantera berkata...

Namun, katanya siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.

xppixma berkata...

Kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja kepada tiga kes bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015 berbanding nisbah 3.31 kes bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot.

xppixma berkata...

Beliau berkata komitmen kerajaan dalam menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja akan meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa apabila syarikat di dalam dan luar negara yakin dengan keprihatinan kerajaan terhadap aspek perburuhan di negara ini.

xppixma berkata...

Ini seiring dengan fokus bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang aktiviti pelaburan di Malaysia, yang dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion pada tahun ini,” katanya ketika merasmikan majlis sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 peringkat kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching di sini kelmarin.

xppixma berkata...

Turut hadir Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk K. Selvarajah dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Datuk Ir Dr Johari Basri.

xppixma berkata...

Riot berkata jumlah kemalangan pekerja semasa perjalanan ke tempat kerja dan kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan kepada Perkeso pada tahun lepas adalah sebanyak 61,552 kes berbanding 59,897 kes pada 2011, meningkat sebanyak 2.67 peratus.

xppixma berkata...

Daripada jumlah itu kemalangan semasa perjalanan ke tempat kerja menunjukkan peningkatan kepada 42.66 peratus tahun lepas daripada 41.42 peratus pada 2011 manakala jumlah kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan,

xppixma berkata...

Bagi Sarawak Perkeso mencatatkan sebanyak 333 kes semasa perjalanan ke tempat kerja daripada sejumlah 1,703 kes kemalangan di tempat kerja setakat Mei tahun ini berbanding 937 kes yang sama daripada sejumlah 4,4487 kes bagi tahun lepas.

xppixma berkata...

Beliau berkata Perkeso, sebagai badan kerajaan yang mempelopori Skim Keselamatan Sosial Pekerja di negara ini, akan melancarkan kempen perjalanan selamat ke tempat kerja dengan memberi tumpuan khusus kepada tindakan pencegahan kemalangan semasa ke tempat kerja.

xppixma berkata...

Tindakan itu, katanya, bertepatan dengan misi Perkeso dalam memberi kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada majikan dan orang berinsurans, yang juga merupakan matlamat Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

xppixma berkata...

Majlis tersebut bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan disamping mewujudkan perkongsian pintar diantara kerajaan, majikan dan pekerja.