Shahbudin Husin
Tindakan
Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di
Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan
pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah
itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan
terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam
khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.
Anwar
sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara
mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman
yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan
anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di
laluan menuju ke Parlimen.
Anwar
lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah.
Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan
pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga
beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah
sebagai Ahli Parlimen. Dalam hal ini tidak saja Anwar yang dituduh
menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya
ditaksir bersubahat sama.
Kemudian
tersebar pula gambar-gambar Anwar duduk minum semeja dengan Najib dan
Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah tiada
permusuhan antara mereka. Gambar Anwar bergambar bersama Najib dan
Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi
bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa
yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.
Penulis
blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini sebagai
hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai Anwar serta Pakatan
Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk menggoncang
keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong perjuangan PR
seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh Anwar dan
Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.
Ternampak
ramai juga penyokong pro pembangkang yang mula goyah dengan isu ini dan
merasakan ada kebenarannya. Ada yang terasa hati, terguris perasaan
dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat Anwar itu. Ada pula yang
berkata, kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan Najib
dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika penyokongnya
sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya dan mungkin pula
dihumban ke penjara.
Kehadiran
Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah
pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak
hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya
lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan
dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh
juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada
sistem Raja Berperlembagaan.
Memang ramai yang mahu mencabar Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi. Jika semua Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah, serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.
Memang ramai yang mahu mencabar Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi. Jika semua Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah, serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.
Dalam hal
ini kehadiran mengangkat sumpah adalah keputusan terbaik untuk
mengelakkan serangan lebih buruk. Lagi pula dalam mempertikaikan
peranan SPR, petisyen bantahan keputusan pilihanraya di beberapa kawasan
tetap juga berjalan dan prosesnya tidak terganggu sama-sekali.
Ada pula
yang berpendapat kenapa Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR tidak
memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin membantah?
Tindakan ini juga berisiko tinggi. Walaupun selepas majlis angkat
sumpah semalam, Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai masa enam bulan
untuk berbuat demikian tetapi ia bergantung pula kepada adanya hal-hal
mustahak yang tidak boleh dielakkan sebagai alasannya.
Tetapi
tindakan ini juga boleh dianggap tidak menghormati, malah mempersenda
Yang Dipertuan Agong yang bakal merasmikan pembukaan Parlimen itu.
Mereka yang tidak mengangkat sumpah tidak boleh hadir di majlis
pembukaan yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong. Jika ini
berlaku, tentulah serangan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen PR ini
lebih dahsyat lagi.
Ada pula
kelompok lain berkata, jika benar mahu membantah, kenapa tidak
dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan supaya pilihanraya
kecil semula boleh diadakan? Memang benar jika selepas tempoh enam
bulan tidak mengangkat sumpah, kedudukan Ahli Parlimen seseorang itu
akan terlucut tetapi tidak semestinya perlu diadakan pilihanraya
semula.
Jika kes
itu dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati tindakan
tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak disebabkan
hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi kemenangan kepada
calon yang kalah dan tidak mengadakan pilihanraya kecil semula,
akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara percuma oleh BN.
Tentulah tak pasal-pasal BN menang 100% di kesemua 222 kerusi Parlimen.
Dalam masa
yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka yang sengaja
meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula
untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, jika pun dengan terus tidak
mengangkat sumpah dan pilihanraya kecil diadakan semula, Anwar, Haji
Hadi, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan lain-lainnya tidak boleh dicalonkan
untuk bertanding semula.
Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.
Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.
Mengenai
duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar
kemudiannya, ia sememamgnya sudah dirancang sedemikian rupa sebaik
majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat
duduk Anwar sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri
dan Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dengan majlis bergambar,
memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri
mengapit kedudukan Speaker.
Jika Anwar
memulaukan majlis itu, beliau akan dilihat tidak tahu bersosial dan
tidak menghormati adab di majlis rasmi. Pemulauannya pasti akan
mengundang kecaman yang lain pula.
Lagi pula
tidak ada salahnya Anwar duduk semeja dan bergelak ketawa sambil
minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi.
Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk
mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh
bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan
bergasak. Anwar dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut
harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung.
Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Sementara
penyokong Anwar dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan
ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang
dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang
sebenar-benarnya.
1 ulasan:
Apa hal nya si Anwar ni, tak abih abih kena tipu, kena permain ngan Najib...Dulu kena permain dgn Mahadir...Orang mcm ni terlalu jujur dan terlalu mudah percaya pd orang lain..kalau senang kena tipu mcm ni kita tak boleh angkat dia jadi ketua kita, nanti dengan kita kita sekali kena tipu ngan musuh.
Catat Ulasan