HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Oktober 2013

PAC tiada kuasa siasat Petronas, minta Najib ambil tindakan, kata Nur Jazlan

Oleh Mohd Farhan Darwis























Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kegiatan dalam salah laku Petronas, kerana syarikat berkenaan mempunyai akta mereka sendiri, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar).

PAC bagaimanapun jelasnya akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminta pihaknya menjalankan siasatan terhadap dakwaan salah laku dalam syarikat minyak negara itu.

"Kalau Petronas pun ada buat kesilapan, PAC harus melihat ... namun Petronas ada akta mereka sendiri.

"PAC akan hantar surat kepada Perdana Menteri dan mengesyorkan agar tindakan diambil terhadap pihak pengurusan Petronas," katanya kepada pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Petronas telah ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Tiada ulasan: