Noazita Binti Abu Talib telah menjadi
mangsa seterusnya kekejaman & kerakusan manusia yang tidak berhati
perut. Harapkan pagar, pagar makan padi. Sedih…sedih itu yang mampu
Berita Semasa ungkapkan melihatkan seorang wanita yang semestinya
mempunyai anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu diperlakukan
sebegini rupa…
Kronologi Noazita Binti Abu Talib (Kakitangan Ambank) Mati Ditembak
- Telah berlaku kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank No.5 & 7, Jalan USJ Sentral Subang Jaya
- Suspek bernama Ardi bin Hamza berumur 37 tahun beralamat Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah Mangsa : Pengawai operasi Ambank Noazita Binti Abu Talib berumur 37 tahun
- Berpengalaman selama 16 tahun dengan Ambank
- Kejadian berlaku pada 23 Oktober 2013 sekitar pukul 6.18 petang di bilik kebal ketika mangsa bersama-sama bersama empat lagi pegawai bank
- Suspek (pengawal keselamatan) telah menembak mangsa menggunakan senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika Noazita Binti Abu Talib yang sedang membuka peti di bilik kebal dan melarikan wang dalam jumlah yang tidak dikesan sehingga kini.
- Suspek melarikan menggunakan motosikal
Berita Semasa harapkan kerajaan
JANGANLAH PANDANG kes-kes seperti ini sebelah mata sahaja lagi.
Kelihatan rakyat sudah terlalu terdesak sehingga sanggup membunuh untuk
mendapatkan wang.
Bangunlah! Bangunlah! Jangan biarkan lebih rakyat Malaysia “tumbang” desakan kos sara hidup dan kesempitan duit.“Something Wrong Somewhere”
P/S : Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, Alfatihah & salam takziah kepada keluarga mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan