BULETIN ONLINE
Menurut Pengarah Kontingen, YB Ariffin Deraman, ia termasuk kehadiran para petugas pembantu bagi gelombang pertama dari negeri Terengganu.
Beliau berkata, gerakkerja kempen tekah disusun, antaranya menziarahi rumah-rumah pengundi yang menjadi sasaran.
“petugas pembantu gelombang 1 dari negeri Terengganu telah bermula………. ziarah semua rumah penyokong…………ziarah orang sakit dan miskin,
“ceramah kelompok, ceramah umum, tayangan vcd dan program khusus muslimat serta pemuda,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui skuad Buletin Online selepas Majlis Pelancaran Gerakkerja Unit Peti Undi (UPU) Padang Lumat dan Batu 16, dua daerah mengundi yang diamanahkan kepada Kontingen negeri Terengganu.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menyampaikan amanatnya dalam Majlis tersebut.
Turut menyampaikan motivasi adalah Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar selaku Pengarah PRK DUN Sungai Limau dan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.
Antara pimpinan PAS Terngganu yang hadir adalah Ahli Jawatankuasa PAS pusat Datuk Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya 1 YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali dan Ketua Muslimat Cikgu Safinah Jusoh.
Ariffin yang juga ADUN Alor Limbat berkata, moto atau slogan PRK kali ini adalah ‘Kekal’ merujuk kepada seruan agar kemenangan PAS bagi kerusi DUN Sungai Limau di kekalkan.
Sehingga hari pertama kempen semalam 23 Oktober, beliau berkata, bancian yang telah dibuat menunjukkan, PAS masih mendahului Barisan Nasional (BN).
Namun begitu, beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu berkata, para petugas perlu meningkatkan kerja-kerja kempen bagi memastikan kedudukan tersebut kekal sehingga hari mengundi pada 4 November depan.
“sehingga kini kita masih mendahului tetapi kita tidak boleh berpuas hati dan duduk diam,
“kerja perlu ditingkatkan kerana serangan-serangan yang dijangka ‘sengit’ akan dilakukan oleh BN yang bercita-cita mahu merampas DUN Sungai Limau dari PAS,”jelasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan