Terdapat kira-kira 14,000 pengundi atas pagar tetapi pada PRU 5 Mei lalu kebanyakannya mengundi Tan Sri Azizan Abdul Razak.
PETALING JAYA: Kira-kira 14, 000 pengundi bebas akan menentukan sama ada Umno atau PAS yang akan menang kerusi DUN Sungai Limau 4 November depan, kata bekas calon bebas Sobri Ahmad.
“Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, Tan Sri Azizan Abdul Razak menang dengan majoriti lebih 2, 000 undi kerana mendapat sokongan dari pengundi atas pagar.
“Bayangkan ahli PAS cuma 3, 000 orang tetapi boleh mendapat 13, 294 undi, Umno mempunyai 10, 000 ahli tetapi oleh kerana Azizan dapat sokongan pegundi atas pagar, bekas Menteri Besar Kedah itu menang kerusi Sungai Limau,” katanya.
Pada 4 November ini, calon PAS. Azam Abdul Samat berdepan dengan Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mewakili BN-Umno.
Bagaimanapun, Sobri mendakwa, Umno sukar menwan hati pengundi atas pagar kerana mereka sekian lama lebih cenderung menyokong PAS.
Bekas pemimpin beliau itu juga mendakwa, pemilihan Ahmad Sohami kurang sesuai dan kurang tepat kerana beliau kurang terbabit dengan aktviti penduduk setempat.
“Sohaimi kurang popular, dia bukan orang Sungai Limau tetapi dari Guar Cempedak…saya rasa pemilihannya menyebabkan orang yang bekerja kuat sejak empat tahun lalu menjadi kecewa.
“Bagaimana pula dengan dengan penyokong-penyokong bekas Ketua Bahagian, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah,” tanya beliau.
“Saya bimbang penyokong-penyokongnya memprotes. Satu sudut yang lain orang Sungai Limau sudah mengenali tokoh korporat itu,” kata Sobri lagi.
Jumlah pengundi Sungai Limau ialah 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.
Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada PRU 13 lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti sebanyak 2,774 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan