HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Mei 2020

Main pecat-pecat ini tindakan paling terdesak – Marzuki

Kasthuri Jeevendran
MGF23102019_SIDANG-PARLIMEN13-681x452
Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR – Tindakan memecat atau lebih tepat ‘menggugurkan’ keahlian kekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai tindakan terdesak.

Selain Mahathir, empat lagi turut digugurkan keahlian termasuk Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Datuk Marzuki Yahya yang masih lagi mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Agung Bersatu memberitahu, surat pengguguran keahlian telah dikeluarkan dalam keadaan  ada khabar angin Mahathir mempunyai angka mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Anda perlu faham sesuatu di sini, yang sepatutnya digugurkan keahliannya ketika ini tidak lebih tidak bukan Setiausaha Kerja Bersatu (Muhammad Suhaimi Yahya) bukan sebaliknya.

“Ini adalah kerana Setiausaha Kerja tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat itu sebaliknya dalam perlembagaan parti sudah terang lagi bersuluh menyatakan itu adalah kuasa Setiausaha Agung. Jadi apa ceritanya di sini?

“Bagi saya, surat itu sendiri tidak sah malah jika ini berkaitan dengan hal disiplin pula, patutnya di bawa ke Lembaga Disiplin. Ini tidak langsung dirujuk dengan Lembaga Disiplin sebaliknya Setiausaha Kerja yang tiada kaitan pula keluarkan surat.

“Jadi sebenarnya Setiausaha Kerja dipecat dulu kerana langgar etika. Pada saya, keahlian Tun (Mahathir) bersama empat yang lain masih lagi sah,” katanya kepada MalaysiaGazette malam ini.

Marzuki turut menarik perhatian dengan mendakwa tindak-tanduk segelintir ahli politik dalam PN ini sebenarnya jelas kelihatan melanggar titah Yang diPertua Agong baru-baru ini.

“Baginda telah bertitah tatkala pandemik Covid-19 janganlah ada pihak yang main politik tetapi nampaknya masih ada lagi bukan sahaja enggan dengar sebaliknya juga terlampau terdesak.

“Anda fikir rakyat tidak tengok semua ini? Sampai bila hendak berkelakuan seperti ini? Sudahlah mandat rakyat di rampas kini berterusan berpolitik walhal ‘kamu-kamu’ juga yang cakap ketika ini negara sedang berdepan dengan Covid-19.

“Kemudian kamu juga yang buat segala macam gerakan, jatuhkan kerajaan dan pecat sana sini, pelik betul perangai mereka ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu

 

Tiada ulasan: