Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat
Dahan berkata majlis yang dijadualkan pada Oktober ini akan menggunakan
dua robot bernama "Naseem" dan "Seebaa" bagi menerima skrol di mana
wajah pelajar akan dipaparkan melalui skrin di kepala robot.
Teknologi berkenaan
adalah hasil usaha kumpulan penyelidik Mechanical, Electronic,
Computing and Arts (Mecca) sempena program Karnival Jom Masuk IPT zon 6
yang sepatutnya berlangsung 14 dan 15 Mac lalu.
"Sama ada di dalam negara mahu pun graduan yang berada di luar negara, mereka akan menerima secara live tetapi melalui streaming," kata Hassan Basri.
Kaedah ini dilihat paling tepat dalam usaha menjaga jarak sosial dalam
kalangan pelajar, keluarga dan staf universiti bagi mencegah penularan
wabak COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan