KATA MP | Isu pemandu mabuk ini, mudah saja. Kerajaan dulu berpuluh tahun tidak ambil endah macam tidak ada kes.
Contohnya, lihat data daripada The Asean. Kita boleh nampak bagaimana jumlah kes kemalangan pemandu mabuk naik mendadak dalam tempoh 2011 - 2016.
Kemudian, lihat pula data daripada The Mole; peratus kematian akibat pemandu mabuk berbanding jumlah kemalangan maut juga meningkat mendadak antara 2011-2016.
Berapa nyawa sudah hilang dalam tempoh 2010-2017? Jawapannya: 1142.
Tahun 2016 sahaja ada 237 kes kematian akibat pemandu mabuk. Dalam kata lain, setiap dua hari ada satu orang mati akibat pemandu mabuk ketika itu.
Bila sampai pada kerajaan PH, menteri pengangkutan ketika itu Anthony Loke Siew Fook mengambil tindakan menurunkan harga pengangkutan awam, menambah baik dan meningkatkan profesionalisme perkhidmatan ehailing, serta merancang pindaan undang-undang tambah hukuman kepada pemandu mabuk.
Kalih isu pemandu mabuk
Pakej ini terbaik untuk menangani masalah pemandu mabuk: Ada hukuman berat, ada alternatif (pengangkutan awam dan sebagainya).
Pindaan undang-undang tidak jadi disebabkan Langkah Sheraton. Kita pun sudah minta agar pindaan undang-undang itu dibawa ke parlimen pada 18 Mei 2020, tapi kerajaan baru enggan menerima.
Isu pemandu mabuk ialah masalah dasar. Tapi apabila hero-hero sibuk meratib kaum, agama dan politik, maka perhatian terkalih kepada benda bukan-bukan.
Akhirnya hero-hero inilah yang menyebabkan masalah lama tidak selesai, masalah baru pula timbul.
*STEVEN SIM ialah anggota parlimen Bukit Mertajam dan bekas timbalan menteri belia dan sukan era PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan