HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mei 2020

Pelajar IPTS mabuk langgar mati pembonceng motosikal

Wartawan MalaysiaGazette
PEMANDU_MABUK_02-681x325
Satu lagi kemalangan maut melibatkan seorang pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya menghala ke ibu kota pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Satu lagi kemalangan maut melibatkan seorang pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya menghala ke ibu kota pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, seorang lelaki yang menjadi pemboceng motosikal berusia berusia 42 tahun mati manakala penunggangnya pula cedera parah.

Pemandu mabuk itu seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta telah hilang kawalan dan telah melanggar motosikal yang dinaiki mangsa. Ujian kandungan alkohol mendapati pemandu di bawah pengaruh alkohol ketika memandu dan kini disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, dalam kes berasingan, polis juga menahan seorang lelaki warga tempatan yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol di Jalan PJS 8/9 kira-kira awal pagi tadi.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: