HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mei 2020

Datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa

Mohammad Arif Nizam
MGF17032018_SIRI-JELAJAH-SEBENARNYA_MY009-681x454
Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias. foto SYAFIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa bimbang mengenai kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini yang sedang berdepan wabak Covid-19.

Menerusi status di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim mengakui sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.

“Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.

“Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian,” tulis beliau dalam catatan tersebut.

Jelas beliau lagi, ahli politik sepatutnya berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara ketika negara sedang berperang mengekang penyebaran virus bahaya itu.

Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa daripada kesejahteraan dan keharmonian negara.

“Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.

“Bekerjasama semua supaya Covid-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.

“Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?” soalnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: