HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mei 2020

Dua bekas wakil rakyat PKR sertai Parti Sarawak Bersatu

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Dua bekas pemimpin tertinggi PKR Sarawak dan penyokong mereka menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini.

Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Adun Batu Lintang See Chee How - secara rasmi menyertai PSB pada satu majlis hari ini di Kuching.

Sehingga akhir Februarilalu, Baru ialah pengerusi PKR Sarawak manakala See pula menjawat naib pengerusi PKR Sarawak.

PSB merupakan parti pembangkang yang berpusat di Kuching pimpinan Wong Soon Koh, yang membentuk parti itu setelah berlaku perseteruan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

PSB kini mempunyai dua anggota Dewan Rakyat iaitu Baru dan Masir Kujat (Serian) yang duduk bersama pembangkang.

Dengan kemasukan Baru dan See ke PSB, parti itu kini mempunyai enam anggota di DUN Sarawak - sama dengan jumlah yang dipegang oleh DAP.

Selepas pilihan raya negeri pada 2016, PKR menang tiga kerusi DUN. 

Baru dan Ali Biju (Krian) meninggalkan parti itu pada akhir Februari manakala See dipecat April lalu.


Tiada ulasan: