KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi maklum balas ringkas “Minta maaf. Kirim Salam.” ketika ditanya sekiranya bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir mahu menyertai UMNO semula.
Zahid menjawab soalan tersebut di dalam satu Group Whatsapp, selepas ditanya oleh ahli di dalam Group tersebut.
Sumber rapat Zahid yang mengaku turut berada dalam Group Whatsapp tersebut mengesahkan perkara itu.
Khamis lepas (28 Mei 2020), Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama tiga lagi individu penting dalam BERSATU telah dipecat keahlian serta-merta.
* Sumber:Amal Media
Tiada ulasan:
Catat Ulasan