MGF24042020_PC-COVID07-681x454
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini menjadikan korban akibat wabak itu kekal 115 orang.

Hanya 10 kes jangkitan baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti ialah 7,629 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ingin dimaklumkan 10 kes baharu yang dilaporkan adalah penularan tempatan di mana lima kes adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Noor Hisham, seramai 1,345 pesakit sedang dirawat dan daripada jumlah tersebut, lapan mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, seramai 86 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh iaitu 6,169 orang sehingga kini atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette