Dalam siaran media satu muka surat yang diterima MalaysiaGazette mendapati Azmin mahu mengadakan lawatan ke Kedah namun jika diamati dalam surat berkenaan, Menteri Kanan itu didapati ingin mengadakan lawatan rasmi ke Pahang pula.
“YB Menteri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Iman pada 2 petang.
“Pertemuan bagi kedua pemimpin ini adalah yang pertama sejak YAB Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020,” tulis kenyataan yang dibuat oleh pejabat beliau, siang tadi.
Menyemak kenyataan itu, terdapat dua kesalahan yang ketara apabila negeri Kedah Darul Makmur ditulis dalam kenyataan itu sedangkan umum mengetahui Kedah dipanggil ‘Darul Aman’.
Panggilan ‘Darul Makmur’ adalah bagi negeri Pahang.
Satu lagi kesalahan ketara adalah panggilan kepada pejabat kerajaan negeri Kedah iaitu Wisma Darul Aman yang ditulis dalam kenyataan itu sebagai ‘Wisma Darul Iman’ yang sinonim kepada negeri Terengganu.
Bagiamanapun, kenyataan itu ditarik balik pejabat Azmin setelah diperbetulkan petang tadi.
Kenyataan itu sempat dimuatnaik Penasihat Komunikasi dan Media kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan itu, Azmin dijangka mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor.
Ia berkisar tentang kedudukan peluang pelaburan di negeri itu dan bagaimana negeri Kedah mampu terus menjadi tarikan pelabur asing pasca Covid- 19 selain menjadi hab pembuatan bagi sektor-sektor terpilih. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan