HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2020

Sokongan 129 ahli Parlimen ‘belum muktamad’, kata Anwar

Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengecilkan khabar angin Dr Mahathir Mohamad hanya memerlukan beberapa lagi ahli Parlimen untuk melakukan “rampasan kuasa”.

Anwar berkata PKR tidak membincangkan soal pengakuan “129-130 ahli Parlimen” kerana “hal-hal ini masih dalam proses”.

“Belum muktamad. Kita sedang bincang dengan baik,” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini.

Anwar berkata ahli Parlimen PKR dalam sidang dalam talian mereka semalam ada membincangkan situasi semasa.

“Mereka menyebut, umpamanya, kita harus hadapi Covid-19,” tambahnya.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan akan berlaku “rampasan kuasa” pada Julai ini dengan Mahathir memerlukan “hanya 3 kerusi” untuk berkuasa semula.

Akhbar itu memetik sumber yang mendakwa 3 ahli Parlimen memegang jawatan menteri sedang merancang untuk lompat ke Pakatan Harapan.

Katanya, PH akan memiliki sokongan 129 daripada 222 ahli Parlimen.

Semalam, Menteri Kanan Mohamad Azmin Ali, mengulas khabar angin tersebut, menyeru semua ahli Parlimen mendengar nasihat Agong kepada ahli Parlimen supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.

“Ada individu yang gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri,” kata bekas timbalan presiden PKR itu.

Anwar hari ini berkata “satu dunia tahu” tentang individu yang berikrar akan pertahan Mahathir sebagai perdana menteri “sehingga 5 tahun”.

“Dua hari kemudian pusing, gulingkan Mahathir, umpamanya, masih lagi bercakap soal orang lain khianat dan bernafsu besar”.


Tiada ulasan: