HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Mei 2020

6 penghantar makanan didakwa merusuh di restoran Puchong

Enam penghantar makanan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari
ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Enam penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan rusuhan di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong minggu lalu.

Muhammad Hafiz Yusnan, 21, Muhamad Izzat Abd Bari, 22, Mohd Syukri Achyar, 39, Wan Hafizie Wan Hanapi, 28, S Jaya Nantha Kumaran, 31, dan Amirul Zahari Zailani, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Semua tertuduh didakwa bersama 10 yang masih bebas melakukan rusuhan itu pada 6.20 petang 18 Mei lalu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ariffin membenarkan semua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM2,500 serta seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim, sementara Izzat dan Syukri diwakili peguam Kailash Sharma, Jaya Nantha diwakili Zolazrai Zolkapli manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan: