HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mei 2020

Najib cabar Tommy jawab peguam Riza

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas supaya menjawab kenyataan peguam anak tirinya.

Antara isu-isu yang dihujahkan peguam mewakili Riza Shahriz Abdul Aziz adalah pendakwaan penyelewengan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad.

Menurut Najib, Tommy perlu menjawab beberapa persoalan termasuk penyelesaian global yang sudahpun dilakukan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

BACA > Pecat, Rokok & Covid-19, hanya bakar emosi — Suara Merdeka

Katanya, bayaran balik itu dilakukan secara berperingkat selepas Riza pada asalnya menerima dana tersebut sebagai satu pelaburan.

“Riza terima pelaburan dan dana yang disyaki ada kaitan dengan 1MDB secara berperingkat. Dia juga telah bayar balik secara berperingkat bersama pulangan.

“Semua dokumen-dokumen pelaburan dan bukti transaksi pembayaran balik sejak tahun 2013 adalah lengkap,” katanya dalam Facebook hari ini.

Najib berkata demikian mengulas kenyataan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang disiarkan dalam portal Free Malaysia Today semalam.

BACA > COVID-19: Shima Anuar kesal ketidakprihatinan ibu bapa — Suara Merdeka
BACA > Kanak-kanak perempuan maut disengat lebih 60 ekor tebuan — Suara Merdeka

Dalam kenyataan itu, Muhammad Shafee menjelaskan, kes yang dihadapi Riza Aziz bukanlah sesuatu yang wajar dikontroversikan.

RIZA AZIZ

Beliau bagaimanapun khuatir, kes berkenaan sengaja digembar-gemburkan pihak tertentu bagi mempengaruhi perbicaraan Najib Razak yang sedang berlangsung.

Dalam pada itu, Najib menambah, dana daripada 1MDB itu juga bukanlah kes kecurian seperti yang diuar-uarkan.

“Sebab itu, dia tidak pernah dituduh mencuri oleh DOJ ataupun di Malaysia tetapi dituduh pernah menerima dana dalam bentuk pelaburan dan pinjaman.

BACA > Cerita pertemuan di rumah Dr. Mahathir versi Akhramsyah — Suara Merdeka
BACA > LKS tuduh kerajaan cari alasan baharu tangguh sidang Parlimen — Suara Merdeka

“Bukan senang untuk kerajaan menang perbicaraan dalam mahkamah di sini kerana semua transaksi berlaku di luar negara,” ujarnya. – SM


Tiada ulasan: