HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2020

Redzuan dan Shahruddin dijadual adakan sidang media petang ini

Redzuan dan Shahruddin dijadual adakan sidang media petang ini
Redzuan dilaporkan akan membuat sidang media bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahrudin Md Salleh - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh bakal mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  pada jam 5 petang hari ini.

Sebelum ini portal Suara TV melaporkan seorang menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disebut-sebut bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini.

Portal itu memaklumkan sumber dalaman Bersatu memaklumkan menteri tersebut akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan perkara berkenaan.

“Menteri tersebut merupakan ahli parlimen daripada Bersatu dan beliau akan mengadakan satu sidang akhbar petang ini bagi memaklumkan perkara ini.

“Peletakan jawatan tersebut disebabkan krisis yang melanda Bersatu,” kata sumber itu.

Sementara itu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan beberapa isu berkaitan parti itu.

Tiada ulasan: