PETALING JAYA: Ejen hartanah terima lebih banyak panggilan daripada pemilik rumah yang ingin menjual hartanah kerana pinjaman lebih murah kepada pembeli dan pengecualian cukai hartanah bagi penjual.
Lim Boon Ping, presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, berkata kerajaan menyediakan insentif bagi merangsang pasaran.
Kadar faedah ke atas pinjaman kini 3%, menyebabkan bayaran bulanan kini lebih rendah. Pakej rangsangan ekonomi Penjana bagi hartanah yang diumumkan pada 5 Jun menyediakan pengecualian daripada Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas jualan hartanah.
Mengikut pakej Penjana, margin had pembiayaan 70% yang terpakai untuk hartanah perumahan baru ke-3 bernilai RM600,000 ke atas ditiadakan.
Pakej itu juga menyediakan pengecualian duti setem untuk perjanjian jual beli sehingga 31 Mei tahun depan.
Lim berkata 3 langkah itu akan merangsang jualan dan akan memastikan pasaran hartanah baru terus aktif.
“Sudah tentu sentimen pasaran masih sangat rendah. Pasaran terjejas selepas perintah kawalan pergerakan tetapi dasar ini akan merangsang pasaran hartanah,” tambahnya.
“Kami nampak lebih ramai penjual sudi merundingkan harga kerana mereka tahu pembeli kini ada lebih banyak pilihan tetapi pasaran tidak akan runtuh kerana tiada jualan diskaun segera,” tambahnya.
Perkembangan ini susulan ketiadaan transaksi semasa PKP yang dikuatkuasakan pada 18 Mac. Juga terdapat kebimbangan pengurangan pekerjaan dan gaji akan menyebabkan orang ramai tidak mahu membeli rumah baru.
Tetapi pada Mei, katanya ramai ejen terima lebih banyak pertanyaan mengenai jual hartanah kerana orang ramai dibenarkan melihat hartanah.
Tambahan pula, langkah Bank Negara menawarkan moratorium 6 bulan sehingga September bagi pinjaman membantu pasaran kerana ia memberikan “ruang bernafas” bagi mereka yang hilang pekerjaan.
Pilihan lain pula pembiayaan semula rumah sebelum moratorium tamat bagi mengurangkan bayaran bulanan.
Bagaimanapun, lebih ramai orang dijangka menyewa daripada membeli, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan