HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Ogos 2009

20 persatuan tuntut ganti

Oleh Norliza Wasilan


KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 persatuan membabitkan penjaja, peniaga, pemandu teksi dan pengusaha hotel menuntut ganti rugi sebanyak RM20 juta daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram Sabtu lalu.

Tuntutan itu diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di lobi bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi, semalam.

Raja Nong Chik ketika ditemui berkata, kementeriannya akan mengumpul semua tuntutan yang dikemukakan dan selepas penelitian, tindakan menghantar surat tunjuk sebab akan dilakukan kepada pihak terbabit.

“Kita mesti tahu kesan perhimpunan haram secara keseluruhan, apa yang penting kepada kementerian ialah perkara ini tak seharusnya berlaku dan ikut nasihat Perdana Menteri... buat di stadium atau di mana-mana tempat pun, (nak buat) 44 jam atau satu minggu pun (tak ada masalah) selagi tak ganggu sesiapa,” katanya.

Antara persatuan yang hadir menghantar memorandum ialah Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma); Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera, Wilayah Persekutuan (PPPBWP); Persatuan Bajet Hotel Malaysia; Persatuan Tekstil Wilayah Persekutuan; Persatuan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Persatuan Penjaja Jalan Masjid India.

Raja Nong Chik berkata, perhimpunan haram itu juga menyebabkan kehadiran pelancong dari timur tengah melawat ibu kota merudum hingga 50 peratus.

dan ia memberi kesan negatif kepada imej negara yang sebelum ini terkenal dengan keamanan.

Timbalan Presiden Petekma, Mohd Syahir Abdul Aziz, berkata persatuannya menuntut RM3 juta kerana pendapatan ahlinya terjejas dan tidak dapat membayar sewa teksi untuk hari itu.

Sementara itu, Yang Dipertua PPPBWP, Mithlan Samijo menuntut RM10 juta atas kerugian dan kesusahan yang dialami.

“Kita menghadapi masalah untuk berhubung balik dengan pelanggan, menyediakan stok, stok tak diambil dan atas keadaan ini, kita tuntut RM10 juta,” katanya.

Tiada ulasan: