HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2009

Tampal setem wajah sendiri pada kad ucapan raya

BERNAMA


IPOH - Orang ramai yang ingin menghantar kad ucapan Aidilfitri berpeluang mengabadikan wajah mereka pada setem dengan pelancaran produk terbaru Pos Malaysia Berhad 'Setemku', baru-baru ini.

Pegawai Pemasaran dan Khidmat Pelanggan Pos Malaysia, Karamjit Kaur Hakam Singh berkata, terdapat empat jenis corak pada setem terbabit iaitu flower bouquet, teddy bear, heart dan national icon.

Pelanggan boleh meletakkan gambar mereka sama ada dirakamkan di pejabat pos atau di lokasi pilihan pada setem itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelanggan yang merakamkan wajah mereka di lokasi lain, hanya perlu menyediakan salinan foto di dalam cakera padat atau pendrive.

Katanya, harga bagi setiap set 20 keping setem ialah RM19 bagi setem 30 sen dan RM28 bagi setem 50 sen.

Tiada ulasan: