HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kontrak Musa belum diputuskan

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan masih belum dapat memastikan sama ada kontrak dua tahunnya yang tamat pada 13 September ini disambung atau tidak.

Beliau berkata, sehingga jam 1 petang semalam, belum ada makluman lisan atau pekeliling rasmi diterima berhubung penyambungan kontrak perkhidmatannya oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Setakat ini, belum ada arahan saya terima sama ada secara bertulis mahupun lisan oleh pihak kementerian,” katanya di sini, semalam.

Pada 14 September 2007, kerajaan melanjutkan kontrak perkhidmatan Musa dua tahun, sehari selepas tarikh persaraan wajibnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang 38 tahun disertainya ketika itu.

Musa berkata, beliau juga tidak tahu isu kontraknya menjadi topik hangat bukan saja di kalangan anggota, malah media.

Tiada ulasan: