HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2009

Demo bantah kuil Hindu di Sek 23

Jimadie Shah Othman


Penduduk Seksyen 23 Shah Alam dan ahli gabungan NGO Melayu yang menentang pembinaan kuil baru Hindu di kawasan itu akan berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyatakan bantahan mereka.

Mereka akan mula berkumpul di masjid negeri, kira-kira 1 km dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat nanti.

Mereka berhasrat menyerahkan memorandum kepada exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, yang juga ADUN PKR bagi Batu Tiga yang melibatkan kawasan seksyen berkenaan.

Mereka juga berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, untuk mengadu bantahan mereka itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan terdapat penduduk kampung berhasrat berarak bersama kepala lembu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".

Bagaimanapun tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.

Tiada ulasan: