BERNAMA
KUALA LUMPUR: - Kerajaan perlu melaksanakan aktivit pemantauan dan penguatkuasaan 24 jam bagi memastikan tidak berlaku kekurangan gula yang sengaja diada-adakan, kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah, semalam.
Menurutnya, kelonggaran dalam penguatkuasaan dan pemantauan mengakibatkan kekurangan komoditi itu di beberapa negeri.
Beliau berkata, meskipun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu, namun kementerian itu masih belum melaksanakan dengan tegas peraturan yang memerlukan pengeluar menyimpan rekod yang sewajarnya berkaitan pergerakan gula.
“Kementerian mesti mewajibkan pengeluar terbabit supaya mengemukakan rekod mereka secara harian supaya dapat diteliti oleh pegawai penguatkuasa dan mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan,” katanya.
Muhammad berkata, pegawai penguatkuasa juga perlu berhubung dengan pasar raya hiper dan pemborong bagi memastikan bekalan berterusan.
Sementara itu, kerajaan memberi jaminan harga gula kekal RM1.45 sekilogram dan bekalan cukup untuk keperluan musim perayaan.
Muhammad berkata, kementerian perlu proaktif bagi memastikan tidak berlaku kekurangan tepung, minyak, beras, susu dan barang keperluan lain pada musim perayaan ini:.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan