PAHANG DAILY
(Eksklusif)
Sungguh memualkan apabila mendengar ucapan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kononnya ISA tidak akan digunakan sesuka hati bagi tujuan politik. Sebaliknya kata Najib, ISA akan digunakan terhadap mana-mana rakyat atau individu yang boleh memudaratkan rakyat dan negara.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Jalinan Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Kuala Lumpur baru-baru ini. Kenyataan Najib ini seolah-olah menggambarkan betapa dangkalnya mentaliti jumud pemimpin UMNO dan BN itu sendiri dalam menilai sesuatu isu.
Kenyataan bahawa ISA tidak akan digunakan untuk tujuan politik adalah satu gambaran awal yang ia memang bermaksud dan memberi isyarat ke arah itu sebenarnya. Jika ISA tidak mahu digunakan untuk tujuan politik, maka sepatutnya ia dihapuskan dan tidak dipertahankan. Apakah Najib tidak yakin dengan undang-undang yang telah ada di negara kita?.
Jika ini keadaannnya, apatah lagi rakyat marhaen ini sebenarnya. Seorang pemimpin besar UMNO sendiri mahu mempertahankan ISA kononnya bukan untuk tujuan politik, bermakna dia tidak percaya lagi kepada undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.
Soalnya, siapakah yang telah memusnahkan institusi kehakiman dan badan perundangan itu. Bukankah mereka itu sendiri sebenarnya yang telah merosakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat jelata terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang terdapat dalam prinsip Rukunegara itu sejal sekian lamanya
Undang-undang di Malaysia, sudah menjadi "Law Of The Jungle" dan mendapat persepsi negatif daripada masayarakat antarabangsa. Ini semua kerana kerakusan pemimpin UMNO dan BN untuk berkuasa dan terus mempertahankan kuasa, biarpun mereka tahu yang parti mereka sudah tidak mampu untuk menjadi pemerintah di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Ketakutan hilang kuasa inilah yang menyebabkan mereka takut kiranya dijatuhkabn kelak. Berbagai kepincangan bakal terdedah dan diketahui rakyat. Hasilnya, ISA perlu digunakan sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan keegoaan mereka. Lantaran itulah juga, mereka masih ingin ISA dikekalkan !!
Malah, bagi mereka pula apa sahaja yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pula semuanya untuk tujuan politik semata-mata. Sedangkan isu ISA adalah menyeluruh, malah turut mendapat perhatian parti komponen BN sendiri sebenarnya.
Malah, terdapat banyak NGO termasuk Majlis Peguam sendiri mendesak agar ISA itu dimansuhkan. Ini bermakna isu ISA adalah isu sejagat yang perlu diperjuangkan, bukannya isu politik menurut persepsi puak-puak UMNO. Walhal mereka sebenarnya yang sering berpolitik tidak tentu masa. Jika benar mereka tidak berpolitik, mengapa Najib tidak mengarah pihak polis membenarkan permit Himpunan Gerakan Membantah ISA (GMI) itu diluluskan.
Inilah "Banjingan UMNO" yang sanggup bertindak kejam terhadap rakyat
Bukankah kerana kekangan politik menyebabkan beliau mengarahkan polis agar "berperang" dengan rakyat yang tidak berdosa !!
Jika tidak kerana politik, apakah sanggup Najib melihat rakyat dizalimi sedemikian rupa oleh pihak polis semasa himpunan itu dilakukan. Kenapa beliau tidak membenarkan sahaja ia diteruskan dan pihak polis sendiri mengawal pergerakan yang berhimpun agar senantiasa teratur dan tersusun. Manakala, kerahkan pasukan polis trafik pula untuk mengawal pergerakan lalu lintas.
Rasanya, semunya akan dapat berjalan dengan tenang dan teratur tanpa ada sebenaranag kekecohan melampau. Ini tidak, bila serangan demi serangan gas pemedih mata dan pancuta air water canon dilakukan maka sudah pasti ia menimbulkan keadaaan yang tidak tenteram dan huru-hara.
Masalahnya, siapakah yang memulakannya?. Bukankah, pihak polis yang bertindak melulu? Mereka mengikut arahan siapa?. Ketua mereka iaitu Musa Hassan. Siapa pula yang memberi arahan kepada Musa Hassan, jika bukan Najib Razak?.
Semua ini sudah dapat dibaca oleh rakyat. Oleh itu usahlah Najib berpura-pura tidak tahu yang polis bertindak ganas terhadap rakyat. Semua ini adalah rancangan dan agenda politik beliau sendiri sebenarnya.
Dengan satu panggilan atau SMS sahaja, sudah pasti arahan itu akan dituruti membabi buta oleh pihak polis pangkat bawahan yang terpaksa menjadi "banjingan UMNO" itu. Akhirnya rakyat yang berarak secara aman untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pihak polis.
Mereka dipukul, diherdik, dipijak-pijak, dikejar, digari, diterajang dan berbagai lagi adengan yang cukup mengerikan dapat dilihat pada hari tersebut. Bukanhkah ini bukti jelas yang segala yang terjadi itu adalah atas arahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri !!
[Apakah ini caranya kerajaan UMNO dan BN melaknasakan satu tindakan terhadap rakyat yang hanya ingin menyatakan pandangan dan sikap tidak puas hati mereka kepada satu akta zalim yang sudah bertahun lamanya menghantui sebahagian besar rakyat Malaysia ini agaknya?. Salahkah mereka kerana ingin bersuara untuk mempertahankan hak-hak rakyat.
ISA amatlah kejam kerana kaedah menahan tanpa bicara mana-mana rakyat yang disyaki boleh memudaratkan negara. Sedangkan mahkamah dan sistem kehakiman sudah lama ada di Malaysia.
Apakah kerajaan sendiri tidak yakin lagi dengan sistem kehakiman itu sendiri?. Jika begini caranya maka sudah pasti anak-anak cucu kita dan generasi akan datang akan terus hidup dalam ketakutan dan sentiasa dirundung malang selamanya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan