HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Ogos 2009

Dituduh ada muslihat jika bangkang UMNO: Zaid

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Pemimpin UMNO akan menuduh sesiapa yang tidak bersetuju dengan tindakan parti itu seba:gai bermotif muslihat untuk menentangnya, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

:Kata beliau, tindakan itu jelas apabila pemimpin tertinggi parti itu terus mempertahankan Rohaizat Othman sebagai calon terbaik BN bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir walaupun telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam

Rohaizat digugurkan sebagai peguam kerana didakwa syarikat guamannya telah menggunakan wang klien, sebuah koperasi kira-kira RM160,000.

Menurut Zaid, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Rohaizat sebagai pilihan terbaik Barisan Nasional (BN) kerana BN tiada calon lain yang lebih berkelayakan.

“Mereka mengatakan kesalahan calon itu sebenarnya isu persepsi semata-mata. Jadi bila para pemimpin UMNO kata itu soal persepsi, mereka sebenarnya cuba menutup hakikat sebenar. Apakah mereka ingat rakyat Malaysia masih jahil?.

“Malah bila rakyat berkata UMNO sekarang terlalu perkauman, penuh dengan rasuah dan gila kuasa, para pemimpinnya pun kata itu persepsi. Tetapi kita tahu ini semua bukan persepsi. Ini semua ada bukti dan asasnya,” katanya dipetik blognya semalam.

Beliau berkata, Majlis Peguam telah lama memecat Rohaizat sebelum hari penamaan calon lagi bahkan tidak mengetahui beliau akan dipilih sebagai calon BN di Permatang Pasir.

“Muhyiddin yang mulakan kempen tuduh Anwar Ibrahim pengkhianat, sekarang pula membelasah Majlis Peguam, kononnya badan itu ada agenda sendiri untuk membantu pihak pembangkang sedangkan Majlis Peguam hanya menjelaskan keputusan yang diambil oleh mereka mengikut lunas undang-undang,”katanya.

Zaid turut menjangkakan Muhyiddin mungkin juga menuduh Mahkamah Tinggi juga mempunyai agenda lain kerana turut mengekalkan keputusan Majlis Peguam tersebut.

Tiada ulasan: